Friday, October 5, 2012

Ya Hanana & Upin Ipin

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi dears. Apa khabar? Cik kiqah kat sini makin sihat je rasa. Hehe. Mana taknya, pantang rileks sikit mesti nafsu makan tu on terus. Hehe. Okay, entry kali ni cik kiqah tak nak tulis pasal kain cotton tau. Nanti kang semua menguap sebab asyik2 entry pasal kain cotton je yg cik kiqah hapdet. Hehehe. Ala, kalau bukan kerana doa & semangat yg korang bagi, cik kiqah tak muncul dah tau kat blog comels ini. Ngehehe. :D

Okays, let me head to the point. Few days back, cik kiqah ada terklik kat yahoo.news tanpa paksaan dari sesiapa. Hehe. Kalau tak silap cik kiqah, the news is about a daddy who is trying so hard to make his baby wanna eat. Saya agak terkesima bila tengok video tu sebab entah la. Yela, budak sekecil tu pun dah pandai tengok video yg bole kita kategorikan agak tak sesuai utk peringkat umur kanak2 kan. Hehe. Mujurlah bambam kesayangan saya tak suka tengok benda2 macam tu. Cik sue takpe sebab cik sue dah besar. Eh? Hahaha. :D

Tapi baby yg kat dalam video tu memang sangat comel. Hehe.  Geram je nengoknye. Kecik2 dah pandai tengok oppa PSY ehhh? Hehehe. Tapi yela, mungkin jugak baby tu suka tengok gangnam dance je kot sebab PSY menari memang kelakar. Kena pulak dgn lagu die tu, ape lagi, jadi fenomena la kan? Hehe. Habis satu dunia ni cuba utk tiru tarian die. Tsk tsk tsk. Untung laaa PSY. Sampai baby pun bole berjangkit demam gangnam style die. :p

Oh ye, back to the real story of the day. Acewahh! Hehe. Saya sebenarnya nak share dgn readers semua pasal the latest update about my bambam sayang. Siapa lagi kalau bukan Amca cik sue yg everyday dgn mulut tweety & pipi tembamnya ituuu. Hihihi. 

Sekarang ni amca dah addicted dgn cerita Upin Ipin. Sejak die membesar ni, asal bunyi je lagu band Padi tu kan, which is also the theme song for Upin Ipin, Sahabat Selamanya, mesti amca terus menggelabah and terus bersila depan skrin tv. Hewhew. Over takkk? Yeahh, sangat over. Hahaha. Kalau mood excited die pun on sekali masa tu, macam2 bahasa keluar dari mulut die. Hanya die & upin ipin je yg faham. Kami hanya mampu angguk2 geleng2 je. Hehehe. :D

He loves watching Upin Ipin while eating his fav foods and drinks. Hehehe. :p

Satu lagi fav amca is watching Ya Hanana's video. Ya Hanana ni kalau tak silap cik kiqah dah pernah on air kat TV Al-Hijrah dulu, cuma tak berapa famous kat stesen tv lain. Ke cik kiqah yg tak hapdet ni? Tetttttt! Hehehe. Ya Hanana ni sejenis qasidah yg biasenya akan diperdengarkan di masjid2 & majlis2 ilmu. Cubalah korang dengar, sangat best! Especially yg budak2 comels nye part. Ada kat youtube. Cekedout! :D

Amca kalau dapat tengok Ya Hanana & Upin Ipin pun da cukup dah. Pendek kata, dah bole duduk diam dah. Sebab tu ibu & ayah die siap save lagi lagu tu & pasang setiap kali bawak amca jalan2 naik kereta. Sampai amca pun bole tido lena sambil dengar Ya Hanana. Hehehe. :D

*Yawn. Upss. Terlebih sudah. Hehe. Sampai sini dulu ye. InsyaAllah, ada rezeki cik kiqah hapdet lagi ini belog. Mintak diri dulu. Ngeee. Salam. :)

Let me share you guys with those videos. Jom kita enjoyyy! *gaya ala2 nora danish dlm cerite puteri*


Ya Hanana. Do focus on the vocalist. So cuteeeee! :D


Muka amca sejibik macam Ehsan. Hikhik. :p



Thanks for reading,
Cik Kiqah



Wednesday, October 3, 2012

Jom beli cottons!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt. Sehingga sekarang, stok kain cotton dah habis dijual hampir 80% dalam masa 2 hari je. Syukur sangat2 sebab rezeki dari Allah swt tak pernah putus. Terima kasih pada yg sudi beli & support usaha kami bertiga (cik kiqah, abg edel, & k.jua) untuk berjinak2 dalam business menjual fabrik cotton especially for those cotton lovers. :)


Setakat ini, stok kain cotton yang masih available. Hurry up! Choose urs. :)

Buat makluman semua, saya bukanlah tokey kain yg sebenar tau. Saya hanya tolong abg saya & k.ipar saya je. Niat saya ikhlas untuk tolong dieorg. Saya tak mengharap apa2 komisen tau. Jujur cakap ni. Hehe. Siapa lagi nak tolong keluarga sendiri kalau bukan kita kan? Tapi best sangat tau bila ramai yg beli kain cotton ni dari kami. Rasa macam happy je bila ramai yg suka corak cottons yg kami jual. Thanks guys! :)

Okay la, sampai sini dulu update utk kali ni. Seharian ni saya asyik reply message customers je. Baru saya tahu betapa sibuknya orang yg berniaga secara online ni. Huhu. Tapi kalau takde penat, macam mana nak ada reward kan? So, jom la kita bersusah dulu, insyaAllah kemudian hari nanti senang. Aminn. Saya pun akan selalu doakan kalian semua murah rezeki. Aminnn.


Thanks for reading,
Cik Kiqah


Tuesday, October 2, 2012

Vietnam trip 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi uols! Buat ape tuu? Hehe. Alhamdulillah, cik kiqah baru je balik dari vietnam 2 hari lepas. Tapi tak sempat nak update belog ni terus sebab penat borong kain tak habis lagi. Hihi. Cik kiqah harap semua sihat2 je ye, InsyaAllah. Haaa, mesti ramai yg nak tahu kan cerita pasal trip cik kiqah ke vietnam hari tu. 

Actually, cik kiqah pergi sana tak lama pun, niat utama just nak teman & tolong k.ipar borong kain cotton je. Yela, cik kiqah student lagi, budget 2012 pun tak berapa nak stabil lagi untuk pergi bercuti sakan. Kalau ada pun duit orang sponsor jeee. Hehehe. Tapi seriously, kat vietnam banyak sangat kain cotton, tak kiralah kain ela & baju kurung yg dah siap jahit. Semua bole buat orang Malaysia cair. Ngee. Dah la murah, kualiti kain sangatlah memuaskan hati pelanggan. Saya cakap benda yg benar je tau. Allah marah kalau tipu2 ni. Heee. 

Saya ke sana bersama dgn beberapa orang lagi yg turut mempunyai niat yg sama nk borong kain cotton kat vietnam. Mulanya kami memang tak kenal antara satu sama lain, tapi bila dah sampai sana, kami dah macam family pulak. Hehehe. Seronok sangat bila dapat kenalan baru. Saya ke sana dgn airasia. Tiket flight pun abg saya yg sponsor. Baik sungguh hati die kan kan? Hewhew. :p Perjalanan dari Malaysia ke Ho Chi Minh City  ambil masa dalam 1 jam lebih je, lebih dekat kalau nak dibandingkan dgn perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Melaka. Eh, lupe. Yang tu naik bas, bukan naik flight. Hahaha. :D

Kat sana, makanan agak mahal kalau nk dibandingkan dgn makanan yg dijual kat sini. Biasalah, kat sana kos makanan halal agak mahal sikit kot sebab bukan senang nak dapat kan? Tapi kalau dah hati excited nak shopping, lapar tu tak terasa sangat. Macam kami, masa kat sana, kami semua makan waktu pagi & lewat petang je. Malam tu selalunya orang kat sana especially orang muslim kat sana akan belanja minum kopi. Kopi dieorang sangatlah sedap. Heee. 

Pendek kata, semuanya best masa kat sana. Kalau ada pun tak best masa kat airport vietnam tu jela. Ade jugak pegawai kastam dieorang yg suka mintak duit lebih dari orang Malaysia mcm kita ni. Biaselah, gaji dieorang kat sana agak murah kan, so alasan dieorang nak upah lebih sebab dieorang fikir kita datang sana dgn berduit. Memang agak tak berasas alasan dieorang, tapi nak buat mcm mana, kalau tak spend duit sikit untuk dieorang, kita tak bole lepas security checking kat airport tu tau. Tak banyak pun kalau kena, janji kena pandai cakap dgn dieorang & sentiasa senyum. Takpun, masa pack barang tu kena pack betul2, InsyaAllah, dieorang bagi lepas. Kalau kena pun, kita niat je duit tu sebagai sedekah kita kat dieorang. InsyaAllah, bole jadi satu ibadah jugak kan? :)

Okay, here are some of the stuffs yg sempat saya borong masa kat vietnam hari tu. Cekedout! :D



Ni telekung sulam vietnam tau. Macam2 design ada. Harga sangat berpatutan & yg paling penting kualiti kain jauh lebih baik. Sesuai utk bagi hadiah kat parents & kegunaan sendiri. :D


Baju kurung yg dah siap dijahit. Hiasan manik sangatlah ekslusif & elegan. Kualiti kain memang superb. Sangat sejuk & selesaaa! :D


Cantik kan? :)

So ape lagi, kalau ada yg nak pergi ke sana, jangan ragu2. Kat sana anda bole dapat harga kain lagi murah & berkualiti. Tapi hanya kos kain sahaja yg murah, kos taxi, hotel, makanan, tax etc kena ambil kira jugak tau. Senang cakap, memang berpuas hati sangat kalau pergi sana borong kain cotton, tudung, telekung, & souvenirs untuk family, relatives, and friends. InsyaAllah, ada rezeki, saya memang niat nak pergi sana lagi. Jujur saya cakap, saya tak puas lagi shopping kat sana. Over tak? Hahahaha. 


Thanks for reading,
Cik Kiqah