Wednesday, September 19, 2012

Im back in blogging!

Bismillahirrahmanirrahim
`````````````````````````````

Hola! Wahhh, lama yg amat blog ni ditinggalkan oleh saya. Hehe. Banyak sgt yg nak diceritakan kat sini. Kita buat satu-satu okay? Hehe. Jom cekedout!

Saya dah habis internship. Oh yeay!
Saya sedang bercuti. Oh yeay yeay!

Actually, saya kekeringan idea nak tulis ape kat blog ni. Roughly saying, saya baru je habis internship 29th August 2012 hari tu. Seronok tu hanya Allah swt je yg faham. Hihihi. Alhamdulillah, sepanjang intern, banyak benda saya belajar. Macam2 benda tau. Benda best, benda tak berapa nak best, semuanya saya dapat sepanjang 6 bulan saya intern kat audit firm tu. InsyaAllah, ada masa terluang saya update pasal tu dalam entry yg lain okayyy? Heeee. 

Btw, insyaAllah, bulan 10 nanti saya akan dapat anak sedara baruuu. Alhamdulillah. Kakak saya, kak yuni bakal melahirkan anak sulung die bulan 10 ni. Baby girl or baby boy? Wallahualam. Nanti saya update jugak kalau sempat ye. And, part paling best, bambam saya dah makin besar sekarangg. Dah siap bole lari2 lagi tauu. Cakap pun dah bole sikit2. Hehehe. And makin handsome lagiii. Cik sue sayang amca banyak2!

Oh ye! Baru2 ni wawa kesayangan saya dah selamat bernikah. Alhamdulillah, syukur sebab kawan baik saya waktu sekolah menengah dulu dah pun selamat bina masjid bersama insan tersayang die. Saya pulak bila lagi? Haaa, itu soalan cepu mas. Asyik2 kena jawab soalan tu je kalau jumpa kawan2 yg lain. InsyaAllah, andai rezeki tu Allah dah tetapkan, hari bahagia tu bakal tiba jugak kan? Ape yang penting? Mestilah berdoa pd Allah swt agar sentiasa berikan kita yg terbaik especially untuk masa depan kita nanti. InsyaAllah...

Ape lagi eh? Oh ye. InsyaAllah, kalau takde aral, hujung bulan ni saya akan ke vietnam dgn ibu bambam a.k.a kak jua. Hihihi. Doakan kami berdua selamat pergi dan kembali tau. Niat kami ke sana untuk uruskan pasal stok barang untuk buat business nanti. Nanti jemput2 lah datang ke blog ni tau. InsyaAllah, berkat sokongan korang, Allah murahkan rezeki kita semua nanti. InsyaAllah. :)

Last but not least, untuk kawan2 yg sedang finals sekarang, saya doakan korang semua bole buat yg terbaik dalam exam. Kalau sekarang korang kena berkorban utk finals ni, InsyaAllah, next time Allah akan balas pengorbanan korang tu dgn ganjaran yg lagi awesome. InsyaAllah. And kepada kawan2 yg tgh bercuti sempena habis internship ni termasuklah saya, hehe, lets take care ourselves and till then, jumpe next semester tauu! We still have 2 semesters to be complete. Lets give the best shoot! Bye, bye. :)


Thanks for reading,
cikkiqah