Sunday, May 18, 2014

Resepi hari ini: Mee Sup

Bismillahirrahmanirrahim.

Hihihi. Gelak sopan dulu sebelum mula menulis. Okay, ini serioussss (gaya wonderpet cakap). 

Hi readers! Kembali kita dalam segmen berkongsi resepi yang sememangnya semua sudah sedia maklum, Cik Kiqah ialah seorang budak baru nak bertatih especially dalam bab memasak. Hewhew. Okay, itu gelak mengada. :p

So, hari ini punya cerita ialah projek memasak untuk makan tengahari bersama suami tersayang. Punyalah berjam-jam fikir nak masak apa hari ni selain daripada memasak makanan yang sama aje iaitu nasi & lauk pauk. Apa lagi, pilihan yang ada sekarang sangat mudah, kalau memang dah kehabisan idea nak masak apa, minta aje bantuan dari Uncle Google kita. Hahaha. Senang kerja. Kan? Tapi takdelah senang jugak, sebab Uncle Google boleh bantu bagi idea je, yang kena memasaknya diri sendiri jugak. Hahaha. 

Well, untuk lunch menu hari ini, I've decided to cook soup. Since kat rumah ni ada mee kuning, so apa lagi, ayuhlah kita memasak mee sup hari ini. Hihihi. Actually, sejak dulu sampailah Cik Kiqah dah berstatus isteri orang ni, cooking skill sangatlah tak berapa menyerlah sebab asyik makan apa yang mama masak, kakak masak, even abang masak pun Cik Kiqah balun. Haha. Setakat nak buat nasi goreng, bihun goreng, telur goreng or anything yang goreng tu inshaaAllah boleh lagi la kot. Hahaha. Okay, itu zaman dahulu ye rakan-rakan. Zaman sekarang haruslah kena pandai memasak untuk tawan hati suami tercinta. Acewahhh. Hihihi. 

Okaylah, dah banyak sangat membebel ni, takut nanti salah topik pulak. Heee. Okay rakan-rakan, izinkan saya berkongsi resepi Mee Sup yang sangat simple ini. Tiada niat lain selain dari ingin berkongsi dan harap-harap jika ada yang ingin cuba resepi ni, boleh senyum sampai telinga sebab sedap sangat. Hewhew. Percayalah pada air tangan sendiri. Tetttt! :D


Mee Sup

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning - celur
Sayur sawi - celur
Lobak merah 
1 genggam isi ayam (kalau nak guna daging pun boleh) - potong dadu
Fishballs/Fishcakes 
2 ulas bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam (saya guna sos lada hitam dalam botol)
1 kiub pati ayam knorr
sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan-bahan lain: 

Daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap
* i didn't put all these ingredients into the soup since i prefer the original taste of it. Plus, suami saya tak makan pedas sangat, so, its better for me to reduce the spiciness and avoid from making the sambal kicap. Heee. Thus, instead of making sambal kicap as for the additional sauce, I've decided to cook sambal tempe & ikan bilis. Hahaha. Alhamdulillah, its a not bad combination though. :p

Cara membuat:

Tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan isi ayam  dan goreng hingga ayam jadi putih. Masukkan fishballs/fishcakes. Masukkan jintan manis dan serbuk/sos lada hitam. Gaul bersama ayam yang digoreng tadi. Masukkan air asam jawa dan biar seketika. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam knorr. Seterusnya masukkan lobak merah serta garam secukup rasa. 

In the meantime, panaskan air dalam periuk untuk celur mee dan sawi. Proses celur hanya memakan masa tak sampai 5 minit ya rakan-rakan. Hihihi. Tapi, dek kerana kemalasan Cik Kiqah yang tiba-tiba sahaja muncul tadi, Cik Kiqah membuat keputusan mendadak, masukkan aje sayur sawi itu ke dalam sup. Hahaha. Akibat dari kemalasan itu, sayur sawi kelihatan seperti hidup tak nak, mati pun segan. Ahh, tak kisah itu semua. Yang penting, Encik suami asyiklah bercakap sambil slurpp mee, "sedaplah sayang", "ish sedap kot, "nak tambah lagi". Hahaha, sampai saya sendiri pun tak tahu nak beza, sedap mee ke atau sedap sup? Errr, okay itu aje. Ngee.

Some more, untuk resepi sambal tempe & ikan bilis tu, saya rasa ramai dah tahu kan resepi nak buat tu macam mana. Mudah macam nak masak sambal telur je. Hihihi. Okay, briefly saying, my style of cooking the sambal is, saya goreng dahulu tempe & ikan bilis sampai rangup bagai biskut buttercookies, tumis hirisan bawang besar & sedikit halia sehingga caramelized, dan masukkan cili giling serta sedikit air asam jawa. Garam & gula secukup rasa. Cik Kiqah ada tambah sos tiram & sos cili sikit untuk memekatkan lagi sambal ittew. Well, it depends on you untuk variety kan tekstur sambal tu tau. Don't follow my style if you have your own way of cooking the sambal. Tadaaaaa! Simple as that! 



P/s: I wish to put the Mee Sup picture here as for the sharing purpose. But due to internet connection problem, so i decided to forget about it. Usually, i will let the pictures speak on their stories, but for now, let the words explain everything. Hahaha, selamat mencuba! :)


Cik Kiqah






No comments:

Post a Comment