Sunday, May 18, 2014

Resepi hari ini: Ayam masak blackpepper & sambal kuini

Bismillahirrahmanirrahim

Hi readers. Macam biasa, hari ni Cik Kiqah in the mood of sharing another simple recipes yet delicious. Hehehe. Kalau semalam Cik Kiqah masak mee sup, hari ni masak something which is so simple, even budak darjah 6 pun boleh masak. Over sangat lettew. Hihihi. 

Okay back to our real story today, hari ini saya masak 2 jenis lauk je, obviously 2 main recipes jela, sebab yg side menu hanyalah telur dadar sahaja. Sekadar pelengkap menu tengahari ini. Well, saya kan ratu telur dadar. Opsss. :p

Okay, as everyone knows, my husband memang tak tahan makanan pedas, tapi kadang-kadang dia teringin jugak nak makan pedas. Yela, makanan kalau tak pedas, tak berapa menyengat kata orang. Hahaha. Macam saya jugak, bab makan pedas memang saya fail dari dulu sampai sekarang. Kalau teringin sangat nak makan pedas, saya makan je, tapi akibat dari kedegilan saya, semua tu makan diri sendiri jugak. Huhuhu. Kalau bintik merah tak naik kat muka, memang tak sah. Lepas tu habis deria makan hilang buat seketika. Jadinya, saya kenyang dengan air jela, bukan kenyang sebab makan nasi & lauk pauk. Padan muka sendiri! Tettttt!

Okay, jom tengok resepi ayam masak blackpepper & sambal kuini saya. Heee.

Ayam Masak Blackpepper

Bahan-bahan:

2 genggam isi ayam - potong dadu dan diperap seketika dengan garam & serbuk kunyit
Lobak merah - potong dadu
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 ulas bawang besar - hiris kasar
1 inci halia - ketuk
1 biji tomato biasa - potong dadu
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos blackpepper - saya guna sos blackpepper dalam botol
Garam secukup rasa.
1/2 cawan air

Cara memasak:

Panaskan sedikit minyak, goreng ayam yang diperap tadi sehingga sedikit garing. 
Cik Kiqah masukkan dahulu lobak merah dahulu dan goreng kilas macam tu sahaja bersama ayam.
Masukkan bawang putih, bawang besar, dan halia. Goreng bersama ayam hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan sos blackpepper kemudian kacau ke semua bahan hingga sebati. 
Tambahkan air sedikit untuk menghasilkan kuah blackpepper.
Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan masukkan tomato. Biarkan mendidih seketika. 
Siap! Yummmmssss!

*Anggaran untuk 2 orang makan. InshaaAllah boleh makan sampai malam. Hahaha. 

Okay, for the sambal kuini recipe, sebenarnya, tak pernah terlintas pun nak buat sambal kuini hari ini. Tapi sebab mak mertua ada bagi buah kuini, so Cik Kiqah fikir lebih baik buat sambal kuini. Cuma macam biasalah, Encik Husband tak boleh makan pedas sangat, so Cik Kiqah guna sikit jela cili api. Cik Kiqah banyak guna lada merah yang orang selalu campak dalam sayur goreng tu. Heee. Faham tak? Kalau tak faham, buat-buat faham aje la. Hahaha.

Sambal Kuini

Bahan-bahan:

1 biji buah kuini - potong kecil atau parut pun boleh
3 biji cili api - tumbuk
3 biji lada merah - tumbuk
1 inci belacan - bakar & tumbuk
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa

Cara membuat:

Tumbuk cili api, lada merah, dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
Gaul sambal bersama kuini yang diparut tadi. 
Siap!! Heee.



P/s: Esok nak masak apa eh? Idea idea ideaaaaa....



Cik Kiqah






No comments:

Post a Comment