Wednesday, May 28, 2014

Positive?

Bismillahirrahmanirrahim

Okay, kali ni saya agak malas nak membebel panjang-panjang. Positive apa kan? Mesti korang semua dah dapat agak kottt. Hehehe. Alhamdulillah, hari ini saya dah disahkan pregnant. Perasaan pertama yang muncul, of course la tak percaya. Nama pun lagi pengalaman pertama.

Ceritanya lebih kurang begini, since my period cycle untuk bulan ni dah delay untuk beberapa hari, jadi saya sudah cuak. Hihihi. Cuak sebab situasi delay period ni saya tak pernah alami sepanjang hidup saya. Alhamdulillah, sebelum ni, period cycle saya agak teratur. Kalau delay sekalipun, sehari dua aje. Tapi itupun boleh kira dengan jari berapa kali saya delay period. Alhamdulillah, Allah swt bagi nikmat kesihatan untuk saya. Syukur alhamdulillah.

So, bila dah delay period selama 8 hari dalam bulan ni, saya terus la buat dek je. Kot la dengan cara buat dek tu perasaan cuak & risau tak muncul balik. Hahaha. Itu semua dusta belaka. Makin cuak adalah. Tapi my husband perasan, kenapa saya masih tak datang period bulan ni. Jadi, kami berdua pun decide untuk buat pregnancy test. Hukhuk. At the moment, saya masih tak nak percaya yang saya hamil, sebab entahlah. Tapi at the same time, the husband asyiklah cakap saya mungkin hamil.

So, what can i do? Ape lagi, saya ajak husband pergi beli pregnancy test kit yang dijual di farmasi. Macam-macam jenis test adoooo. But untuk the first test saya beli jenama clearblue. Yang mahal baq hang tuuu. Konon-konon nak tengok berapa minggu dah kandungan tu kannn. Tapi dek kerana saya adalah seorang newbie yang sememangnya sangat blur untuk buat test tu, so the first test comes to failure. Maybe i did put the test strip too much into the urine and didn't lay the strip on the flat surface properly. Sighhhh. But takpelah, nama pun lagi pengalaman kan, so boleh cuba test lagi, bukannya dah tak boleh test. Hehehe.

So, for the second attempt, saya pun decide la untuk beli 2 strips test yang jenama Guardian kot. Tak semahal Clearblue & tak se-digital Clearblue, tapi the result makes me very satisfied. Tapi still kena make sure dengan doctor jugak kan. Hehe. Since the kit provides me with 2 strips, so saya terus test malam tu jugak. Result positive, ada 2 line appeared. But salah satu line tu blur. Macam tak sure pulak kan. Takpe, i still got another one to be used. Malam tu saya tidur sangatlah tak nyenyak sebab asyik fikir pasal result tadi. Hahaha. Risau okay, nak yakin sangat takut nanti kecewa. Diri sendiri kecewa takpe lagi, yang saya taknak kecewakan mestilah the husband. Taknaklah nanti beria-ria bagitahu suami pasal dah confirm hamil sedangkan the lines are not cleared enough.

Alhamdulillah, pagi tadi sebelum solat subuh, saya bangun dengan penuh debaran mengalahkan debaran nak final exam setiap semester ittewwww. I did the test according to the instructions stated. While waiting for the result, tetiba2, dalam suasana hening subuh, sunyi sepi, saya rasa hati bagai nak tercabut. Hahaha. Over sangat mak jemah ni. Takdelah, i tell you the truth, when i saw the lines appeared clearly on the strip, perkataan pertama yang keluar dari mulut, "Alhamdulillah". Walaupun masa tu saya masih cuak, tapi saya positifkan diri. Pasal alahan teruk ke nanti, sakit nak bersalin ke, saya cuba tolak ke tepi dahulu. Yang saya tahu, rezeki Allah swt bagi untuk kami suami isteri tersangatlah berharga. Alhamdulillah. Allah bagi apa yang kami berdua perlukan walaupun kami tahu masih banyak benda yang kami kena belajar. Allah maha Pemurah, lagi maha Penyayang. :)

So, pagi ni, saya ajak husband pergi klinik untuk buat UPT dengan doctor. Sebab saya ada baca blog di internet, ada yang cakap, even buat pregnancy test kit tu dan dapat result positive, belum tentu lagi betul-betul hamil. So, for the second time, i put the hope aside first. Hope comes later. Now let the experts do their job. So, macam biasalah, kena daftar dulu untuk process buat "pregnancy card/book" di kemudian hari, lepas tu kena test the urine. The process only takes less than 1 hour. Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan kami berdua. Alhamdulillah. :)

Then, when the doctor said, the result was clearly positive, Alhamdulillah, i feel so much of blessings. Tak sabar nak share berita gembira ni dengan suami yang dah macam cacing kepanasan tunggu kat waiting hall. Hahaha. So, instead of discussing about the pregnancy things, the doctor asked me to create the "Buku Pink". Buku ni sebenarnya buku untuk ibu-ibu mengandung. Kegunaan buku ni adalah untuk simpanan rekod kesihatan ibu dan baby dalam kandungan. Even lepas baby lahir pun, everything akan direkod dalam buku ni. Berat baby ke, panjang baby ke, atau anything yang berkaitan. The doctor said, kandungan saya dah berusia 5minggu. Hehehe. And still, i don't believe, ada baby dalam perut ni *sambil usap-usap perut sendiri*. Hihihi.

So, ape lagi, dah settled dengan hal kat klinik, saya terus call bonda tersayang untuk inform pasal tu. Instead of expressing the gratefulness, mama sempat berkongsi nasihat dan petua di awal kehamilan. Banyak sangat, so maybe i will post the story for the next time. InshaaAllah. Terima kasih juga buat mak mertua, kakak, abang aidil, & kak yuni yang tak henti bagi nasihat & doa untuk iqah & baby. Moga segala pertolongan kalian diberkati Allah swt.

Okay, pasal simptom-simptom yang saya rasa sepanjang awal kehamilan saya ni, tak banyak pun. Yela, nama pun lagi awal kan. InshaaAllah, saya akan terus update everything dalam blog kesayangan ni kalau berkesempatan. Harapan saya, doa dari semua agar saya dan baby berada dalam keadaan yang baik-baik & sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.

"Ya Allah, peliharalah anak dalam kandunganku ini. Berkati kewujudannya, rahmati segala sifatnya, dan hanya padaMu jua tempat aku bergantung segala harapan. Permudahkanlah perjalananku dan bayi dalam kandungan ini dan jauhilah kami berdua dari apa jua masalah mendatang. Kurniakan kesihatan yang berterusan kepada kami berdua dan peganglah hati-hati kami agar terus bersyukur dengan nikmat rezeki yang Engkau kurniakan. Moga dengan nikmat kurniaan yang Engkau pinjamkan kepadaku ini tersimpan seribu hikmah yang mampu membawaku dan suami ke ke JannahMu ya Allah. Kerana hanya Engkaulah Pemilik abadi segala nikmat kurniaan ini." 


The lines appeared on the strip paper. The T line was so cleared. The C line was blurred. But overall, the result tends to be positive. Bak kata intruction kat kotak, "you are very likely to be pregnant" if the lines are both appeared even if one is faint.


P/s: Alhamdulillah, tak banyak alahan yang saya alami setakat ini. Cuma the husband pulak yang jatuh sakit. Loya tekak la katanya, demam la, sakit kepala la. Hehehe. Allah swt bagi husband rasa nikmat sakit mengandung kot. Tapi sikit jela, masih tak dapat lawan sakit bersalin kan? Apa-apa pun, mama cakap, normal la tu kalau alahan berbalik kepada suami. Dah masuk 2,3 bulan nanti si isteri pulak yang alahan teruk. Huuu. Be strong okay iqah! Chaiyok! :D


Cik Kiqah





No comments:

Post a Comment