Thursday, May 29, 2014

Personal sharing

Bismillahirrahmanirrahim 

Okay, the title tells you everything. Yes, sekarang saya mengalami sakit belakang yang agak kerap juga. And sometimes, it can be quite severed. Sigh. So, i tend to lay down my body and get a nap for a while. Ish, sangatlah tak produktif hidup seharianku. Hihihi. 

Bab lenguh seluruh badan tu jangan cakap la. Mengalahkan mak cik yang berumur 70 tahun +. Opss. Huhuhu. Bak kata mama, biasalah tu kalau sakit-sakit badan ke, lenguh-lenguh sendi ke, nama pun lagi pregnant. Semua urat-urat tengah dalam proses nak tegang. Okay, takpelah. Pengalaman indah masa mengandung, kata orang. Hehehe. 

The other symptoms yang saya alami untuk waktu sekarang ni, my breast is likely to be tendered. Sangat sensitif la kat kawasan breast tu. Huhuhu. Okay, lets be opened okay. Sebab what i write here is the fact of pregnancy. So, just take the positive view from the words. No offence at all. Im sure, kebanyakan preggy mummy mesti pernah rasa sensitif kat breast especially at the earlier stage of their pregnancy. 

Other than that, saya kerap jugak buang air kecil. Sebab asyik minum air. Setiap setengah jam mesti minum air. Dahaga tu hanya Allah je yang tahu. Huhuhu. Dah tu kalau teguk air mesti tak pandang kiri kanan dah. Janji dapat minum air.

Tapi, honestly saying, sejak pregnant ni, perut asyik meragam. Kalau makan nasi ke, makan lauk ke, or even makan snacks macam sausages, nuggets, etc mesti lepas tu perut rasa tak selesa. Bukan rasa nak buang air besar ke apa, tapi rasa dia macam mana entah nak explain in words ni. Hahaha. Kena pregnant dulu kot baru faham. Heee. Tapi seriously, ibarat dalam perut ni seolah-olah rasa macam kembung sebab ada angin banyak? Erk, lebih kurang macam tu kak dik nun oiii. Hihihi.

Okay, back to the main title of the story today, sakit belakang. Sejak sakit belakang ni, especially bila bangun dari tidur waktu pagi tu, sakit tu sampai rasa macam nak demam tau. Satu badan menggigil, sometimes. Kalau waktu tengah-tengah malam tu, mudah nak tersedar dari tidur, sebab lenguh tangan la, lenguh kaki la, nak tidur memang tak boleh. Kadang-kadang terpaksa kejut husband untuk urut sekejap ke, atau kalau tak sampai hati nak kejut husband yang tengah lena tidur tu, sendiri urut la jawabnya. Huhuhu. 

Yang tak menahan sekarang ni, kalau tidur mesti ada 4 biji bantal. Satu bawah kepala, satu bawah kaki, satu bawah peha, satu lagi perut (kalau tidur mengiring la). Heeee. Habis semua bantal husband pun aku kebas. Last-last husband tidur satu bantal je sambil peluk selimut. Hahaha. Sorry sayang! :p

Okay, in terms of morning sickness, alhamdulillah. So far saya masih okay. Masih tak mengalami any of morning sickness yang normally ibu-ibu mengandung mengalaminya. Apa yang saya tak boleh makan, apa yang saya boleh makan, masih lagi tak jadi main issue untuk masa sekarang. Tekak saya boleh terima lagi dan takde lagi rasa mual & muntah. Alhamdulillah. Allah swt masih bagi nikmat kesihatan kepada saya. Syukur alhamdulillah. :)

Sejak sakit-sakit badan ni, nak buat semua kerja rumah pun agak slow. Kalau dulu, nak basuh baju ke, nak masak ke, nak mop lantai ke, nak kemas rumah ke, nak buat apa-apa je mesti semangat waja. Sekarang, nak bangun mandi pun kena bangun slow-slow, takut nanti makin teruk rasa sakit belakang. Huuuu. 

Dah hampir seminggu saya tak boleh nak siang ikan atau bersihkan ayam mentah. Saya sendiri tak faham kenapa. Tapi saya jadi tak pandai nak handle kerja macam tu since saya pregnant ni. Sedangkan, sebelum ni, seekor ayam pun saya boleh bersihkan dengan tenang. Huhuhu. Besarnya kuasa Allah swt. Ada hikmah atas semua yang saya alami sekarang ni.

Erm, okaylah. Saya rasa setakat ini jela dulu perkongsian yang dapat saya tulis untuk kali ini. InshaaAllah, apa yang elok tu semestinya datang dari Allah swt. Apa yang kurang elok tu saya susun 10 jari, mohon ampun dan maaf seikhlas hati. Doakan kesihatan saya dan baby tau. :)


P/s: "Langit tak selalu kita junjung, bumi tak selama kita pijak. Kejarlah syurga Allah swt dengan melakukan segala kebaikan yang Allah swt perintahkan. Syurga Allah sentiasa ingin dekat dengan hamba-hambaNya, tapi manusia sendiri yang menjauhkan diri mereka dari syurga".



Cik Kiqah

No comments:

Post a Comment