Saturday, May 24, 2014

Nasi goreng udang

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni tak mau potpet banyak, just nak share one simple recipe, Nasi Goreng Udang. Resepi ni lebih kurang resepi yang freestyle punya sebab nama pun lagi nasi goreng, haruslah main campak je bahan-bahannya. Pung pang pung pang, tadaaaaa, dahhh siappp. InshaaAllah, sedap sampai terangkat. Terangkat pinggan je okay, sebab nak tambah lagi, hihihi. :p

Nasi Goreng Udang

Bahan-bahan:

10 ekor udang - dibersihkan dan diperap dengan garam & kunyit
2 biji telur - kacau & goreng hingga hancussss (hihihi)
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
2 cili padi (kalau nak lagi pedas, sila lebihkan) - tumbuk
1/2 inci belacan - tumbuk
4 atau 5 cawan nasi yang telah disejukkan
Lobak merah - potong dadu
Sayur sawi - potong ikut suka (hihihi)
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Panaskan sedikit minyak, goreng udang sehingga separuh masak. Angkat dan asingkan dahulu. 
Kemudian goreng telur hingga hancur dan asingkan juga.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan goreng sehingga naik bau. Make sure korang get ready untuk bersin. Hahaha.
Setelah bahan-bahan tadi digoreng garing, masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu.
Masukkan nasi yang telah disejukkan dan gaul sebati.
Masukkan udang dan telur yang telah digoreng sebentar tadi. 
Kemudian, masukkan sayur sawi yang telah siap dipotong. 
Jangan lupa, garam secukup rasa. 


Terus snap pic direct from the kuali. Hahaha. Sebab husband tak balik kerja lagi. So lepas ni senang nak reheat. Makan panas-panas memang sedap. Tambah lagi hari ni hujan. Hewwww. Ok bai. :p



P/s: The husband mesti membebel sebab programme diet dia asyiklah tak jadi. Hari-hari ada menu baru. Hewhewhew. Sorry husband, nak buat macam mana, mood memasak tu setiap hari muncul. Yang paling penting, rasa bahagia bila husband makan apa sahaja yang saya masak. Bahagia tu hanya Allah je yg tahu. Heeee, okay, selamat mencuba readers! :D


Cik Kiqah

No comments:

Post a Comment