Saturday, May 17, 2014

I am married! Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim

Hi readers kesayangan! Ampun dan maaf dipinta andai sudah berdekad-dekad saya tidak jenguk blog ini. Ayat skema habis. Hehe. Well well well, tajuk kat atas pun dah cukup membuatkan semua terkejut, tersengih, tertak sangka, ter tak percaya, dan segala ter lagilah. Jangan ter tak suka sudahlah ye. Hihihi. 

Alhamdulillah, Cik Kiqah yang sebelum ni single & but not available sudahpun selamat berkahwin dengan jodoh yang Allah swt telah tentukan untuk Cik Kiqah. Biarpun si dia tak sekacak Aaron Aziz, tak segagah Muhammad Ali (opsss), tak sehebat Anuar Zain, namun Cik Kiqah bersyukur sebab pertemuan kami kali pertama sehinggalah kami berdua selamat menjadi suami isteri penuh dengan hikmah dan moga semua hikmah itu dapat mengumpulkan sebanyak mungkin berkat dari Allah swt. InshaaAllah.

So, kehidupan selepas kahwin? Alhamdulillah sangat membahagiakan sekalipun ada juga hari-hari mencabar yang perlu Cik Kiqah tempuh sendiri tanpa ada bantuan dari parents (macam zaman anak dara dulu-dulu). Hihihi. Biasalah tu, zaman bujang tak sama dengan zaman dah berkahwin. Especially kaum wanita. Yang tak manja pun boleh jadi manja mengalahkan baby, yang tak tabah pun boleh berubah jadi emotional, dan yang matang pun boleh bertukar jadi childish. So, it depends on you to handle your own marriage life kan? Seriously, sangat mencabar, baik dari segi hubungan kita dengan suami, mahupun dengan orang sekeliling. Hey, you dah jadi isteri orang kot, so you need to move few steps further lah and become more matured than before. Erk, okay foineee. Hahaha.

Rutin harian saya adalah normal macam surirumah sepenuh masa yang lain. Sebelum ini saya bekerja di Putrajaya, tapi sebab tak mampu lagi untuk berjauhan dengan suami, jadi saya memutuskan untuk berhenti bekerja di Putrajaya dan meneruskan tugas sebagai surirumah sepenuh masa di kampung halaman suami saya. Ramai teman-teman seperjuangan tak setuju dengan keputusan yang saya ambil kerana peluang pekerjaan adalah ruang untuk kita kumpul sebanyak mana pengalaman yang ada demi kelangsungan kerjaya di masa depan. Tapi saya percaya, setiap keputusan yang kita niatkan dengan niat yang kerana yakin dengan pertolongan Allah swt, inshaaAllah, moga rezeki yang lebih baik akan muncul di kemudian hari. InshaaAllah. 

Sehingga kini, biarpun saya boleh dikategorikan sebagai 'jobless', saya masih diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang kerana semua itu datang dari kasih sayang dan perhatian dari suami tercinta dan hubungan yang dekat membantu kami untuk lebih mengenali peribadi masing-masing. Tak lupa juga, kekuatan itu datang dari Allah swt yang sentiasa wujud dalam diri saya tak kira di mana saya ada. So,hargai masa yang Allah swt kurniakan sekarang, kerana selepas ini, kita tidak tahu, adakah 'moment' seperti ini masih ada untuk kita nikmati pada masa depan? Sesungguhnya, Allah is the best planner ever. Wallahualam.

Tidak perlulah saya huraikan panjang lebar siapakah gerangan suami tercinta saya, cukuplah sekadar dia hanyalah manusia biasa yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang, perhatian, jagaan, dan berkongsi apa sahaja untuk saya. Saya tahu, ujian hidup selepas berkahwin amatlah ditakuti oleh semua pasangan suami isteri, bak pelayaran sebuah kapal yang nakhodanya belum tentu dapat melayarkan kapal sehingga ke destinasi yang terakhir dek kerana bahaya ribut dan taufan menanti di setiap perjalanan. Namun, nakhoda yang berjaya menamatkan pelayaran itu inshaaAllah akan sampai di perhentian yang penuh dengan cahaya kejayaan, berkat usahanya yang penuh hikmah dan tidak putus untuk bergantung harap kepada Maha Pencipta. 

"Ya Allah, berikanlah kami berdua kekuatan untuk meneruskan hidup sebagai suami isteri yang paling Engkau redhai. Sesungguhnya, tiada apa yang lebih indah dalam hidup kami melainkan saat Engkau menyetujui dan merahmati pernikahan kami berdua. Amin ya rabbal alaminnn. "

Buat teman-teman seperjuangan yang sangat mengimpikan sebuah perkahwinan yang membahagiakan di dunia dan akhirat, teruskanlah dengan impian anda itu. Tidak salah mengharap pada sesuatu yang baik di sisi Allah, kerana akhirnya, inshaaAllah Allah swt pasti tunaikan permintaan ikhlas hamba-hambaNya. Perkahwinan itu sunnah Nabi SAW kita. Dan itu adalah salah satu cara untuk kita ikuti dan teladani demi menggapai syafaat Baginda di akhirat kelak. Kalau kita sayangkan Rasulullah SAW, automatik Allah swt akan sayangkan kita kan? Berbaik sangkalah kita dengan segala ketentuan Allah, (pesanan untuk diri sendiri juga).

Okay readers, i think its too long to be read. No offence at all. Just for sharing purpose. Hehe. Saya rindu sangat dengan blog saya ni. Blog ni lah yang banyak simpan segala macam cerita hidup saya, dari zaman saya tidak matang, sehinggalah sekarang, walaupun saya tahu, kematangan itu mengambil masa yang amat lama dan memerlukan pengalaman yang amat luas. Hehehe. Tak salah kalau berusaha untuk jadi lebih baik kan? Tepuk dada, jom tanya iman kita. InshaaAllah, untuk next entry, Cik Kiqah akan cuba update any story yang ada & kalau berkesempatan, Cik Kiqah akan share everything dengan readers, if necesserily. Hehehe. Till then, thanks for reading, and please doakan kebahagiaan Cik Kiqah dan suami. In return, inshaaAllah kami juga akan doakan yang terbaik buat semua readers blog Cik Kiqah In The House! Ngeeee. 



P/s: I dont think i can change the name "Cik Kiqah" to any of suggested names which are, "Puan Kiqah" or "Madam Kiqah" yet. Because, the "Cik Kiqah" itself keeps so many memories to me and it is originally comes from my beloved husband while we both were getting friends each other. The "Kiqah" stands for "Kawan Iqah" which is used by the husband as for his email address or even his nickname for the chatting purpose. So, the name of Cik Kiqah has appeared in the shortcut style which is "Kiqah" and the idea comes to my mind at the moment. That's maybe the funny sharing i can tell you, but it is very memorable to me and of course to my husband as well. I love you, dear husband. Thanks for being such a good friend, beloved husband, and the most special partner in my life. May the journey that we've created together will be always loaded with the blessings from Allah swt until we can make it to His Jannah soon. InshaaAllah. 




Me,
Cik Kiqah










No comments:

Post a Comment