Friday, November 8, 2013

Aku yang berdosa

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah dengar tak?
Kalau kita berdosa dengan Allah swt, kita masih boleh bertaubat memohon keampunan dari Allah swt.
Namun, seandainya kita berdosa sesama manusia, apa yg harus kita buat? 
Hakikatnya kita masih perlu untuk memohon maaf antara satu sama lain selagi waktu & peluang itu diizinkan Allah swt. 
Jangan kerana ego kita, kita sanggup menahan diri sendiri dari meminta maaf kepada orang lain sedangkan waktu itu sendiri tidak pernah berhenti semata-mata untuk menunggu peluang itu datang kepada kita
Kerana dosa seseorang manusia itu hanya boleh diampunkan oleh manusia yg lain
Jom renungkan bersama...

Tadi Cik Kiqah sempat meluangkan masa sebentar untuk sesi santapan rohani di tv9, Tanyalah Ustazah. Kali ni Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkongsi tajuk yg sangat bermakna, terutamanya untuk diri Cik Kiqah sendiri. Syukur Alhamdulillah, Allah swt hadirkan beliau walaupun melalui rancangan tv untuk membuka mata hati saya terhadap kenyataan tentang dosa seorang manusia terhadap Penciptanya dan juga antara mereka sesama manusia. Ustazah Siti Nor Bahyah sempat berkongsi satu lirik lagu yg boleh kita renungi bersama. Semoga Allah swt menerima segala taubat kita & jauhkan kita dari azab api neraka. Amin ya rabbal alaminnn. 



Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta taubat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di syurga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku

mengucap kata taubat PadaMu


P/s: Maafkan Cik Kiqah kalau Cik Kiqah pernah berdosa dengan kalian. Sebab Cik Kiqah nak masuk syurga Allah swt yg kekal abadi, so kalau boleh Cik Kiqah nak korang sertai bersama perjalanan ke sana jugak! :)


Cik Kiqah


Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah ya Allah untuk semua peluang yang telah Engkau kurniakan kepadaku sepanjang tahun ini, semoga dengan segala keberkatan kasih sayangMu, ku mohon agar terus diberi peluang untuk sentiasa berdiri teguh & berpegang erat dengan taliMu. Maha suciMu Ya Allah, hanya padaMu ku serahkan semua urusanku, hidupku, jua matiku. 


Dibaca sebanyak 3x selepas waktu solat Asar & sebelum waktu Maghrib pada 30 Dzulhijjah 1434H



Dibaca sebanyak 3x selepas waktu solat Maghrib pada 1 Muharram 1435H


P/s: Bersama meraih kasih sayang Allah swt & Rasulullah saw. InshaaAllah, akhirat sana pasti bahagia. Jom!


Cik Kiqah