Monday, October 28, 2013

Quick update

Bismillahirrahmanirrahim

Eggless Chocolate Cake. Super moist one! Heee.

Alhamdulillah, malam ni berkesempatan baking lagi. Tapi kali ni special sikit sebab niat baking cake ni untuk mama tersayang. Semalam mama ada cakap, "Bestnya kalau dapat makan kek coklat yg iqah buat". So, here is the cake, the most lovely & moist chocolate cake specially homemade for mama tersayang. 

Saje je petang tadi tengah google resepi chocolate cake yg kukus punya version, alhamdulillah jumpa jugak. Bukan apa, kalau bab mengukus kek ni iolss tak berapa enjoy nak buat. Tapi sebab nak penuhi permintaan mama tersayang, iolss cuba jugak usahakan. Dan hasilnya, tadaaaa! Positive! Hehehe. :D

Apa yg best sangat kek ni? Hitam legam je ghupenye. Ewah ewah kau jah, tak baik tauuu. Hitam legam tu yg sedap hokey. Hihihi. Tak caye? Cubalah buat sendiri. InshaaAllah sedap. :)

Okay, the recipe is soooo easy and simple one. Yang seronoknya tak perlu guna telur & butter. Hehehe. Tapi tetap lembut & gebus macam pipi amsyar, anak menakan iolss. Hehehe. Okay dah, jom tengok resepi kek ni. :)

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
secubit garam

Bahan B
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung 
2 sudu kecil cuka/jus lemon
1/2 sudu kecil serbuk nescafe

Cara-Cara
  • Ayak bahan A dan ketepikan dahulu
  • Campur semua bahan B dan kacau sebati
  • Bila dah puas hati, masukkan bahan B ke dalam Bahan A yang telah diayak tadi sikit demi sikit dan kacau perlahan-lahan. Jangan gelojoh okay, sebab kita just nak buat kek je, bukan nak buat dodol pun. Hahaha. :D
  • Kacau semua bahan tadi hingga sebati & puas hati. Untuk hasil yang lebih fluffy & moist, tapis adunan kek yang sudah dikacau tadi dengan penapis atau pengayak untuk mengelakkan daripada adunan menjadi berketul-ketul. 
  • Lepas dah puas hati tapis adunan tadi, bolehlah dikukus selama lebih kurang 50 minit atau sejam. (Iolss kukus tak sampai sejam rasanya)



Okay, itu aje. Kalau nak kek tu lagi sedap, before start nk baking tu, sila pasang niat betul2. "Ya Allah, aku buat kek ni untuk parents aku. Mohon redhaMu ya Allah". InshaaAllah, kalau niat tu dah lawa, confirm kek pun jd sedap. 

Selamat mencuba! (Cewah, iolss dah macam chef wan pulaks. Hehehe)

P/s: Iolss snap pic kek tu baruuuu je kejap td. Hehe. Lepas kek tu dah betul2 masak, iolss terus potong cantik2 & letak dalam tupperware (cantik kerrr? hahaha). Nanti esok lusa or anytime anyday boleh makan lagi. Btw, iolss tak buat chocolate topping pun sebab mama tak suka. Mama suka makan kek yg takde topping. Curlass tak mama iolss? Hehehe. 


Cik Kiqah.




No comments:

Post a Comment