Sunday, January 20, 2013

Contengan (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Tajuk kali ni agak mysterious sikit ye uolss. Hehehe. Okaylah, honestly speaking, "berubah", maksud cik kiqah sebenarnya "berubah ke arah yg lebih disayangi Allah swt". Siapalah cik kiqah untuk mengulas statement yg hebat macam tu kan, tapi dah lama sebenarnya niat di hati ni nak berkongsi sesuatu mengenai maksud "berubah" itu sendiri. Well, as a human being, we are perfectly imperfect. Manusia biasa macam kita semua penuh dengan contengan atau orang putih cakap, "flaws". Cik kiqah sendiri akui, terlalu banyak contengan yg sangat tak cantik yg ade pd diri cik kiqah. Nama pun lg contengan yg tak cantik, macam mana nk raih sayang & perhatian dari Allah swt kan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. 

Berubah. Berubah. Berubah. *macam listen style pulak*. Hehehe. Sebenarnya, lumrah manusia bila sesuatu yg indah, lawa, cantik, bersih, menenangkan hati, menyenangkan diri, dan macam2 lg yg elok & berharga untuk dimiliki, pasti akan menjadi pilihan hati. Kan? Cik kiqah sendiri pun macam tu. Tapi bila hati yg lemah ni terlampau dikuasai dgn perasaan yg kadang2 boleh mencabar iman & mengganggu konsentrasi kita untuk ingat pada Allah swt, mesti kita cenderung untuk lebih menyokong apa jua alasan yg nafsu kita putuskan berbanding dengan keperluan yg sepatutnya kita dahulukan. Cinta Allah, bukan senang untuk dicapai kalau diri hanya hidup dgn penuh alasan, tetapi in shaa Allah senang untuk diperoleh bila kita dapat membezakan antara nafsu & keperluan yg sebetulnya. 

Sebagai contoh, sekarang kalau kita perhatikan, dah ramai yg berhijrah ke arah yg lebih baik, baik dari segi, menutup aurat mahupun kembali ke pangkal jalan yg diredhai Allah swt. Beruntung sangat bg mereka yg pintu hatinya diketuk Allah swt & dikurniakan hidayah yg tak semua orang boleh dapat. Moga cik kiqah pun berpeluang merasai semua tu. In shaa Allah. 

Tapi, hidayah itu tetap milik Allah swt. Tugas kita hanya untuk berusaha meraih semua tu dari Allah swt. Allah itu Maha Pemurah, lg Maha Penyayang. Kalau kita mintak betul2, in shaa Allah, Allah akan perkenankan doa kita. 

....................in shaa Allah akan bersambung nanti. :)



p/s: Doakan cik kiqah agar sentiasa dikuatkan iman untuk menjadi seorang yg lebih disayangi Allah swt. 


Btw, birthday Nabi Muhammad SAW is coming soonest. Jom prepare hadiah untuk Baginda SAW dengan berselawat sebanyak yg kita mampu. Moga kita semua berpeluang mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak. Aminnn ya Rabbal Alaminnn. :)




Diri yg penuh dgn contengan,
Cik kiqah










No comments:

Post a Comment