Friday, November 8, 2013

Aku yang berdosa

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah dengar tak?
Kalau kita berdosa dengan Allah swt, kita masih boleh bertaubat memohon keampunan dari Allah swt.
Namun, seandainya kita berdosa sesama manusia, apa yg harus kita buat? 
Hakikatnya kita masih perlu untuk memohon maaf antara satu sama lain selagi waktu & peluang itu diizinkan Allah swt. 
Jangan kerana ego kita, kita sanggup menahan diri sendiri dari meminta maaf kepada orang lain sedangkan waktu itu sendiri tidak pernah berhenti semata-mata untuk menunggu peluang itu datang kepada kita
Kerana dosa seseorang manusia itu hanya boleh diampunkan oleh manusia yg lain
Jom renungkan bersama...

Tadi Cik Kiqah sempat meluangkan masa sebentar untuk sesi santapan rohani di tv9, Tanyalah Ustazah. Kali ni Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkongsi tajuk yg sangat bermakna, terutamanya untuk diri Cik Kiqah sendiri. Syukur Alhamdulillah, Allah swt hadirkan beliau walaupun melalui rancangan tv untuk membuka mata hati saya terhadap kenyataan tentang dosa seorang manusia terhadap Penciptanya dan juga antara mereka sesama manusia. Ustazah Siti Nor Bahyah sempat berkongsi satu lirik lagu yg boleh kita renungi bersama. Semoga Allah swt menerima segala taubat kita & jauhkan kita dari azab api neraka. Amin ya rabbal alaminnn. 



Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta taubat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di syurga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku

mengucap kata taubat PadaMu


P/s: Maafkan Cik Kiqah kalau Cik Kiqah pernah berdosa dengan kalian. Sebab Cik Kiqah nak masuk syurga Allah swt yg kekal abadi, so kalau boleh Cik Kiqah nak korang sertai bersama perjalanan ke sana jugak! :)


Cik Kiqah


Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah ya Allah untuk semua peluang yang telah Engkau kurniakan kepadaku sepanjang tahun ini, semoga dengan segala keberkatan kasih sayangMu, ku mohon agar terus diberi peluang untuk sentiasa berdiri teguh & berpegang erat dengan taliMu. Maha suciMu Ya Allah, hanya padaMu ku serahkan semua urusanku, hidupku, jua matiku. 


Dibaca sebanyak 3x selepas waktu solat Asar & sebelum waktu Maghrib pada 30 Dzulhijjah 1434H



Dibaca sebanyak 3x selepas waktu solat Maghrib pada 1 Muharram 1435H


P/s: Bersama meraih kasih sayang Allah swt & Rasulullah saw. InshaaAllah, akhirat sana pasti bahagia. Jom!


Cik Kiqah

Monday, October 28, 2013

Quick update

Bismillahirrahmanirrahim

Eggless Chocolate Cake. Super moist one! Heee.

Alhamdulillah, malam ni berkesempatan baking lagi. Tapi kali ni special sikit sebab niat baking cake ni untuk mama tersayang. Semalam mama ada cakap, "Bestnya kalau dapat makan kek coklat yg iqah buat". So, here is the cake, the most lovely & moist chocolate cake specially homemade for mama tersayang. 

Saje je petang tadi tengah google resepi chocolate cake yg kukus punya version, alhamdulillah jumpa jugak. Bukan apa, kalau bab mengukus kek ni iolss tak berapa enjoy nak buat. Tapi sebab nak penuhi permintaan mama tersayang, iolss cuba jugak usahakan. Dan hasilnya, tadaaaa! Positive! Hehehe. :D

Apa yg best sangat kek ni? Hitam legam je ghupenye. Ewah ewah kau jah, tak baik tauuu. Hitam legam tu yg sedap hokey. Hihihi. Tak caye? Cubalah buat sendiri. InshaaAllah sedap. :)

Okay, the recipe is soooo easy and simple one. Yang seronoknya tak perlu guna telur & butter. Hehehe. Tapi tetap lembut & gebus macam pipi amsyar, anak menakan iolss. Hehehe. Okay dah, jom tengok resepi kek ni. :)

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
secubit garam

Bahan B
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung 
2 sudu kecil cuka/jus lemon
1/2 sudu kecil serbuk nescafe

Cara-Cara
  • Ayak bahan A dan ketepikan dahulu
  • Campur semua bahan B dan kacau sebati
  • Bila dah puas hati, masukkan bahan B ke dalam Bahan A yang telah diayak tadi sikit demi sikit dan kacau perlahan-lahan. Jangan gelojoh okay, sebab kita just nak buat kek je, bukan nak buat dodol pun. Hahaha. :D
  • Kacau semua bahan tadi hingga sebati & puas hati. Untuk hasil yang lebih fluffy & moist, tapis adunan kek yang sudah dikacau tadi dengan penapis atau pengayak untuk mengelakkan daripada adunan menjadi berketul-ketul. 
  • Lepas dah puas hati tapis adunan tadi, bolehlah dikukus selama lebih kurang 50 minit atau sejam. (Iolss kukus tak sampai sejam rasanya)



Okay, itu aje. Kalau nak kek tu lagi sedap, before start nk baking tu, sila pasang niat betul2. "Ya Allah, aku buat kek ni untuk parents aku. Mohon redhaMu ya Allah". InshaaAllah, kalau niat tu dah lawa, confirm kek pun jd sedap. 

Selamat mencuba! (Cewah, iolss dah macam chef wan pulaks. Hehehe)

P/s: Iolss snap pic kek tu baruuuu je kejap td. Hehe. Lepas kek tu dah betul2 masak, iolss terus potong cantik2 & letak dalam tupperware (cantik kerrr? hahaha). Nanti esok lusa or anytime anyday boleh makan lagi. Btw, iolss tak buat chocolate topping pun sebab mama tak suka. Mama suka makan kek yg takde topping. Curlass tak mama iolss? Hehehe. 


Cik Kiqah.





Friday, October 25, 2013

Ya Allah, please heighten my patience

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah...

"I know Im waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
Youd tell me out aloud
That on that day Ill be ok
But well never know cause
Thats not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that Ive lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know Im waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
Youd tell me out aloud
That on that day youll forgive me
But well never know cause
Thats not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that Ive lost touch
I know the road is long

Make me strong"


Amiinn ya rabbal alamiinn...


Cik Kiqah

Thursday, June 6, 2013

Im graduated! Alhamdulillah ya Allah. :)

Bismillahirrahmahirrahim. 

Hi semua! How's your life? Hope everyone is having good times forever. Well, looking at the title above, i shall rewrite it again here since the thing is very very meaningful to me. Mana tak meaningful, i've been waiting for almost 4 years or maybe more than 4 years, just to get myself successfully graduated. And here, Alhamdulillah, the time has come, and the rezeki given by Allah swt always make me feel so thankful with everything i got in my life, syukur Alhamdulillah. 

To be exact, my final exam has been officially finished on 9th May 2013. But, the exam result has been released in few days ago. I can't recall the exact date. *sebenarnya malas nak berfikir*. Hahaha. So, when i looked at my result, all i can say, Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Finally, im officially graduated! *lompat bintang*

So, InshaaAllah, if nothing's happen ahead, my convocation day will be on 25th August 2013. Few months to come. Seriously, tak sabar nak pegang my own degree scroll. Moga2 Allah swt mudahkan urusan saya & kawan2 yg lain untuk hari2 yg mendatang. InshaaAllah, Amin Ya Rabbal Alaminnn. 

And yup, while waiting for the convo day, me & my friends are now looking for the job. Doakan yang terbaik buat kami semua ye. Nak cari kerja sekarang bukannya mudah macam dulu, sebab sekarang, the competition level is quite strong. Tapi as a muslim, kita perlu sentiasa ingat yang rezeki setiap manusia sudah ditentukan oleh Allah swt. Tugas kita hanya perlu berdoa & berusaha untuk dapatkan yang terbaik. So, i think, the story should up to this para only. Hehehe. InshaaAllah, next time we'll meet again. Jangan lupa doakan yang terbaik buat Cik Kiqah & kawan2 tau. Moga kita semua sentiasa dikurniakan rezeki yang murah oleh Allah swt. Aminn. Bye :).

Before i end the post, can i put these comel faces here? Hehehe. I love them alot! 

Ciksue sayangggg Amsyar & Wafid. Grow well my dears and be soleh boy tau. *hugs*


Thanks for the time! 
Cik Kiqah

Friday, April 26, 2013

Tercabar atau sengaja dicabar?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi atas nikmat hidup yg masih lg diberikan untuk kali ini. Hi readers! Lama sungguh Cik Kiqah tak update blog ni kan? Hmm, bukan sengaja tau, Cik Kiqah tak berkesempatan untuk tulis semua cerita2 yg bersarang dalam fikiran ni. Hihihi. So kali ni, alhamdulillah, Allah swt bagi Cik Kiqah sedikit masa untuk berkongsi cerita yg tak seberapa tapi inshaaAllah bermanfaat untuk kita semua, baik dari segi rohaniah, mahupun untuk amalan kita semua. InshaaAllah. 

Okay, kalau tengok balik tajuk untuk entry kali ni, macam agak kasar kan? Sorry, no offence at all. Just to remind myself. That's it. Well, what is the life all about? Actually, the thing which i wanted to say is, sometimes, we may get something bad from others which we didnt expect at all. Pernah tak? Mesti pernah kan kan? Hehehe. Sebenarnya, semua tu ujian untuk diri kita jd lebih matang especially bila bab bersangka baik dgn Allah swt macam agak susah untuk kita buat walaupun semua tu kita mesti buat jugak. Biasalah kan, kalau hati sudah terguris atau terasa, selalunya we all tend to make it short as if the things happened is really nonsense and we keep questioning on "why it should be me?". 

Okay, let me clarify the thing. Maksud saya kat sini bukannya nak berlagak poyo atau hipokrit semata2, tapi apa yg saya kongsikan kat sini adalah dari pengalaman sendiri & keadaan sekeliling. Bohong sangatlah kan kalau saya cakap, saya tak pernah hadapi situasi kena cabar or sengaja dicabar? Hehehe. Benda ni mungkin nampak macam simple or maybe gurauan je, tapi benda2 simple macam ni la yg kita kena ambil berat sebab kalau dah terbiase simple2, nanti boleh jadi amalan yg wajib pulak. Tak comel la kan? Hehehe. 

So, why not we make it in a nice way and inshaaAllah, everyone can receive the good things from it. Kan? My lecturer pernah cakap, kalau kita mudahkan urusan orang, inshaaAllah, Allah swt pasti akan mudahkan urusan kita pula. So, ayuhlah kita berbaik sangka dengan Allah swt as well as orang disekeliling kita. Mungkin, Allah swt hantarkan seseorang samada orang yg kite kenal ataupun tidak, datang kepada kita dalam macam2 cara dengan objektif hanya satu, iaitu untuk uji iman kita, kuat ke tidak? Kan? So, as for me myself, even though it is really hard to get myself think that everything happens for a reason which comes from Allah swt, i'll try my very best to force myself to keep thinking positively towards Allah swt. Yes, people can say everything they wanted to say, but Allah kan faham apa hati kita rasa. :) 

Macam jugak jodoh. Sebenarnya, siapalah kita nak tentukan jodoh sendiri mahupun jodoh orang lain? Hanya Allah swt je yg berhak tentukan semua tu. Kan? Katakanlah, ramai kawan2 kita dah menjejakkan kaki mereka ke alam perkahwinan. Untuk apa kita rasa tercabar? Untuk apa kita nak mencabar orang lain? Itukan semua jodoh which have been well planned and decided by Allah swt. Bagi Cik Kiqah sendiri, perkahwinan bukanlah sesuatu yg main2. Hamka sendiri pernah cakap, perkahwinan adalah satu komitmen. Komitmen itu sendiri kita dah bole agak apa maksud yg tersirat dalamnya? Dan kalau komitmen study atau kerja pun kita tak dapat nak handle betul2, apatah lagi komitmen bila dah berkahwin nanti. Tepuk dada, tanya hati sendiri. 

Bila ada kawan2 yg nak berkahwin, tugas kita adalah mendoakan yg terbaik buat rumahtangga mereka. Memang tak dinafikan, bagi yg belum berkahwin, perasaan ingin berkahwin tu pasti ada. Tapi fikirlah elok2, berkahwin adalah untuk jangka masa yg panjang, bukan jangka masa yg pendek. Berkahwin adalah perkongsian hidup bersama pasangan kita, bukan masing2 dengan hal sendiri. Berkahwin adalah untuk mendidik diri dan ahli keluarga menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walaupun Cik Kiqah sendiri belum berkahwin, tapi hajat untuk berkahwin sentiasa ada. Cuma belum sampai lagi masanya untuk Cik Kiqah betul2 komited dengan bab perkahwinan. Tapi tak salahkan kalau sekarang ni kita cuba untuk tajamkan minda kita dengan ilmu2 yg sudah tersedia ada. 

So, kepada diri Cik Kiqah sendiri dan semua yg baca entry kali ni, janganlah kita mudah untuk rasa tercabar dengan rezeki orang lain ataupun sengaja mencabar orang lain. For sure, Allah tak suka kan kalau kita buat macam tu? Apatah lagi perasaan orang yg kita cabar tu? Jodoh pertemuan itu semuanya ketentuan Allah swt. Kita berhak untuk usaha dan ikhtiar, tapi kita tak berhak untuk tentukan siapa jodoh kita, atau bila kita kena berkahwin. Jangan disebabkan emosi sendiri, kita lupa pada yg lebih berhak untuk dipuji. Alhamdulillah. :)

P/s: Tahniah buat kawan2 yg sudah berkahwin dan akan berkahwin tahun ni. Moga jodoh kalian terus kekal hingga ke syurga Allah swt. InshaaAllah aminnn. :)

Recommended book! Banyak ilmu yg Cik Kiqah dapat dari buku ni. :)


Imam Syafie pernah berkata: 
" Aku mampu berhujan dengan 10 orang yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil. Kerana orang yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu" 


Cik Kiqah







Thursday, March 14, 2013

Be thankful.

Bismillahirrahmanirrahim

Sorry for not being here for almost few months *approx*. I've been busy with taking care of K.yuni's baby, Wafid Rayyan. Or, should i just say, i've been busy with baby-sitting. Hehehe. Well, as usual, when the new semester begins, i'll try my best to share everything i have whether its about my past or present, or maybe future.

For the past thingy, alhamdulillah. The last semester's result has came out in few weeks back. My result was alhamdulillah. Tho i can't achieve my target which to obtain the Dean's List award for my second last semester in degree, but im still thankful with the pointers. It does increase but not that much since i just took only 4 subjects during my last semester. So, it doesn't increase the pointer so much. But still, i felt soooo thankful. Alhamdulillah. :)

So, for the present, right now im still doing my studies in my final semester for my final year of degree here. Wahhh. It sounds like im getting done with my degree. InshaaAllah. Im hoping for dua' from all of you guys to let me finish my studies here successfully.

As for the future, I think i shall not mention it here. Because its still listed in my planning list. If there's is ample time for me to share it out, InshaaAllah, i will do so. Doakan yg terbaik buat saya ye. :)


Just wanna share out this lovely video. There's no need for me to mention who's the singer and what is the song about. Its even better if you guys can push the play button and enjoy it on your own.





Dont forget, each of the moments come from Him. Let us be thankful and appreciate everything. Be thankful for what you have. 


p/s: Sorry for the unfinish part of stories which i've promised before. I'll find the best time to complete it. InshaaAllah. 

Cik Kiqah



Sunday, January 20, 2013

Contengan (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Tajuk kali ni agak mysterious sikit ye uolss. Hehehe. Okaylah, honestly speaking, "berubah", maksud cik kiqah sebenarnya "berubah ke arah yg lebih disayangi Allah swt". Siapalah cik kiqah untuk mengulas statement yg hebat macam tu kan, tapi dah lama sebenarnya niat di hati ni nak berkongsi sesuatu mengenai maksud "berubah" itu sendiri. Well, as a human being, we are perfectly imperfect. Manusia biasa macam kita semua penuh dengan contengan atau orang putih cakap, "flaws". Cik kiqah sendiri akui, terlalu banyak contengan yg sangat tak cantik yg ade pd diri cik kiqah. Nama pun lg contengan yg tak cantik, macam mana nk raih sayang & perhatian dari Allah swt kan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. 

Berubah. Berubah. Berubah. *macam listen style pulak*. Hehehe. Sebenarnya, lumrah manusia bila sesuatu yg indah, lawa, cantik, bersih, menenangkan hati, menyenangkan diri, dan macam2 lg yg elok & berharga untuk dimiliki, pasti akan menjadi pilihan hati. Kan? Cik kiqah sendiri pun macam tu. Tapi bila hati yg lemah ni terlampau dikuasai dgn perasaan yg kadang2 boleh mencabar iman & mengganggu konsentrasi kita untuk ingat pada Allah swt, mesti kita cenderung untuk lebih menyokong apa jua alasan yg nafsu kita putuskan berbanding dengan keperluan yg sepatutnya kita dahulukan. Cinta Allah, bukan senang untuk dicapai kalau diri hanya hidup dgn penuh alasan, tetapi in shaa Allah senang untuk diperoleh bila kita dapat membezakan antara nafsu & keperluan yg sebetulnya. 

Sebagai contoh, sekarang kalau kita perhatikan, dah ramai yg berhijrah ke arah yg lebih baik, baik dari segi, menutup aurat mahupun kembali ke pangkal jalan yg diredhai Allah swt. Beruntung sangat bg mereka yg pintu hatinya diketuk Allah swt & dikurniakan hidayah yg tak semua orang boleh dapat. Moga cik kiqah pun berpeluang merasai semua tu. In shaa Allah. 

Tapi, hidayah itu tetap milik Allah swt. Tugas kita hanya untuk berusaha meraih semua tu dari Allah swt. Allah itu Maha Pemurah, lg Maha Penyayang. Kalau kita mintak betul2, in shaa Allah, Allah akan perkenankan doa kita. 

....................in shaa Allah akan bersambung nanti. :)



p/s: Doakan cik kiqah agar sentiasa dikuatkan iman untuk menjadi seorang yg lebih disayangi Allah swt. 


Btw, birthday Nabi Muhammad SAW is coming soonest. Jom prepare hadiah untuk Baginda SAW dengan berselawat sebanyak yg kita mampu. Moga kita semua berpeluang mendapat syafaat Baginda SAW di akhirat kelak. Aminnn ya Rabbal Alaminnn. :)




Diri yg penuh dgn contengan,
Cik kiqah











Friday, January 18, 2013

Finals

Bismillahirrahmanirrahim

Hiiiiii! Lamanyaaaa cik kiqah tak hapdet belog nih. Hukhuk. Sorrryyyyy, didn't mean to do so. Well, let me give u guys with the typical excuse yet it is totally trueeee. "I've got lotsa things to dooooo and now im counting the days for the real finals. Yessss! Finally, the finals will be reaching me in few weeks ahead. Tak tipuuuu, banyak sangat kena hadam before cik kiqah betul2 confident dgn final exam nanti. Oh Allah, please ease everything for me. Please Allah. *berdoa*

Saje nak tunjuk bukti yg saya tengah menggelabah study for finals. Hahaha. Lecture notes CAII jugak yg cik kiqah snap. Ok, baiii. 

Dear readers, please doakan cik kiqah & semua kawan2 cik kiqah yg lain agar kami semua boleh perform our best untuk finals nanti. The reason is, we are graduating this year and we need to score as higher as we can before we graduate as BAcc holder nanti. In shaa Allah, doa kalian semua amat cik kiqah harapkan tauuu. Thanksssss! :)

Okaylah, that's all for tonight. Cik kiqah kena tidur awal sebab esok ade revision class. Ehem, revision class on weekend, to be exact, on Saturday yeeeee. Hehehehe. Til then, take care semua. Semoga Allah swt sentiasa rahmati setiap amalan yg kita lakukan. Sebelum cik kiqah tidur, cik kiqah nak berdoa sikit boleh? Kalau uolss nk follow jomlah. At least boleh refresh iman kita sebelum melangkah ke hari yg baru esok. In shaa Allah. 


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)




Goodnight semuaaaa! Assalamualaikum wbt. :)





Cik Kiqah

Tuesday, January 1, 2013

Tahun baru, harapan baru.

Bismillahirrahmanirrahim



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah 
Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada 
kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau 
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Surah Al-Imran: Ayat 8


Moga semua doa & impian saya Allah swt akan makbulkan. 
In shaa Allah. 

2013, tahun baru yg penuh dengan perancangan, namun hanya Dia yg 
Maha Menentukan segalanya.

Yang paling utama, niat ingin berubah ke arah yg lebih baik 
sentiasa segar jauh di lubuk hati.

Mohon doa dari semua agar saya dapat menjadi seorang 
anak yg solehah, muslimah yg memiliki hati tabah & iman 
yg kukuh, pelajar yg tak pernah kenal erti kegagalan, 
dan sahabat yg sentiasa menyenangkan hati sahabat yg lain.
In shaa Allah. 



P/s: Semoga Allah swt sediakan jalan yg lurus buat 
       saya untuk terus bergerak ke depan tanpa perlu 
       berpatah balik ke belakang. Aminn ya Rabbal Alaminn. 


Cik Kiqah.