Monday, January 30, 2012

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim
``````````````````````````````

Sedang asyik berehat, tenangkan minda yg loaded dgn theories (macam banyak je study), cik kiQah decide nak bagi award kat diri sendiri. Hihi. Alhamdulillah, so far, cik kiQah suka sangat follow blog Farahlee. Siapa tak kenal dgn Farahlee kan? Especially once dia berkahwin dgn pengacara tv3 yg bole tahan fofularnya, Ally Iskandar. :) Jodoh itu milik Allah, tahniah buat diaorang berdua. Semoga masjid yg dibina akan terus dipelihara Allah swt selama-lamanya. Aminn. 

Mungkin saya yg paling lambat follow blog ni, tapi Alhamdulillah, Allah masih bagi ruang kepada saya utk buka mata & buka minda melalui ilmu yg dikongsi oleh Farahlee. Kalau tak percaya, cubalah baca setiap entry yg dia post. InsyaAllah, mesti tak boring punya. Banyak input yg kita bole ambil especially yg bole menguatkan lagi ikatan tali kita dgn Allah swt. Biiznillah. 

Btw, ada satu entry yg telah berjaya buat saya menangis tanpa paksaan dari sesiapa. Hehe. Kalau tak silap saya, Farahlee pun share the entry from other blog as well. If i'm not mistaken lah. Perhaps. Whatever it is, the thing is not so important, but the content of it is like giving me something which i cant even explain in words. And dear Alanna's mom, walaupun saya bukan seorang ibu, kahwin pun belum lagi, tapi sajak yg anda buat sangat menyentuh hati saya. Semoga Alanna terus bahagia di sisi-Nya. Al-Fatihah. 

Doa buat Alanna

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..
 

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang menangis kuat-kuat..
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua..



P/s: Banyak lagi entry yg best2. Bole dibaca sebagai santapan minda & rohani. Daripada update status kat facebook & twitter and end up buat orang lain terasa ke apa, why not we choose that option. Ilmu itu ada di mana2, terpulang pada kita utk mencarinya. :) 


Lots of love,
cik kiQah 

Sunday, January 29, 2012

Finals

Bismillahirrahmanirrahim
``````````````````````````````

Well, i broke my promise again. Sorry for lack of updates. *roll eyes* 
I didn't mean to do so. Few weeks back, i had so much things to do until i got no time to update this blog. 
Too much things to share and i bet, it's gonna be a longgg update if i decide to share all the stories out. *big grin*

So, let me head to the point. InsyaAllah, i'll be having another final exam for this trimester in less than 1week from now. And yeah, the preparation is still on its way and hope everything's gonna be fine. Actually, this time around will be my last final exam before i go for my internship program and it takes about 6 months for me to  finish it off. And once the thing is over, i'll be back here to complete 2 more trimesters and fight 2 more final exams before i manage to get my degree. Biiznillah. Please pray for me & my friends as well. Thanks. :)

Since the journey is going to be more challenging ahead, i should force myself to start off the race and never turn myself back. May Allah shower me with all the blessings. Aminn.


p/s: Let's forgive each other before we face the new day in our life. And good luck to all my friends. :)

Friday, January 13, 2012

This is me.

Bismillahirrahmanirrahim
`````````````````````````````

The laziest thing which i don't wanna do is having to pack and unpack the stuff. I don't know why. :| 


Regards,
cik kiQah

Thursday, January 12, 2012

Nasihat seorang ibu

Bismillahirrahmanirrahim
``````````````````````````````


Mama cakap, kalau hati kita diuji dgn dugaan yg ringan ataupun berat, jangan pernah lupa untuk mengadu pada Allah. Sebab Allah je yg faham isi hati kita. Bohonglah kalau kita cakap hati kita kuat macam besi/batu. Hati manusia sangat lembut. Sekasar mana pun luaran seseorang manusia, dalaman dia tetap lembut. Setabah mana pun seseorang manusia, suatu masa hati dia mesti diuji Allah. 


Saya bukanlah seorang yg sempurna. Walaupun saya berharap utk menjadi sebegitu, tapi saya tahu, tak semua benda yg saya buat bole puaskan hati semua pihak. Mungkin kadang2 apa yg saya buat tak kena pada masanya. Mungkin..


Baru tadi dapat nasihat daripada mama. Mama cakap, berat mana pun dugaan yg kita dapat, itu semua dari Allah. Ada sebab kenapa Allah uji hati kita. Bukan saja2 Allah uji. Mama cakap, bacalah surah Al-Fatihah banyak kali & niat dalam hati supaya Allah kuatkan iman didada. Mama cakap, jangan sedih dgn apa yg Allah uji, sebab tu baru sikit. Bahkan hati kena bersyukur sebab dalam ramai2, Allah pilih kita utk ujian tu. Tak semua dapat merasa nikmat ujian yg Allah berikan & ganjaran pahala yg Allah janjikan. Paling penting, jangan pernah jauhkan diri dari Allah. Semakin kita dekat dgn Allah, semakin Allah pelihara diri kita dari segala masalah. 


Saya suka menulis apa yg saya rasa elok utk dikongsi bersama. Biarpun tak banyak, tapi tujuan itu tetap sama. Sekali lagi, bila ada ujian yg datang, jangan cepat melatah, ambil semua tu sebagai penguat semangat. Jangan halang hati kita untuk terus jujur dgn apa yg kita rasa. Kalau rasa sedih, menangislah. Kalau rasa marah, marahlah. Tapi buatlah semua tu dgn cara yg betul. Allah kan ada, mengadulah pada Dia. Sesungguhnya, hanya pada Allah kita berserah. 




P/s: Langit tak selalu cerah, kadang2 bole mendung jugak. Silap haribulan hujan tiba2. So, kena make sure payung sentiasa ada dgn kita. Hehe. :)