Tuesday, October 2, 2012

Vietnam trip 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi uols! Buat ape tuu? Hehe. Alhamdulillah, cik kiqah baru je balik dari vietnam 2 hari lepas. Tapi tak sempat nak update belog ni terus sebab penat borong kain tak habis lagi. Hihi. Cik kiqah harap semua sihat2 je ye, InsyaAllah. Haaa, mesti ramai yg nak tahu kan cerita pasal trip cik kiqah ke vietnam hari tu. 

Actually, cik kiqah pergi sana tak lama pun, niat utama just nak teman & tolong k.ipar borong kain cotton je. Yela, cik kiqah student lagi, budget 2012 pun tak berapa nak stabil lagi untuk pergi bercuti sakan. Kalau ada pun duit orang sponsor jeee. Hehehe. Tapi seriously, kat vietnam banyak sangat kain cotton, tak kiralah kain ela & baju kurung yg dah siap jahit. Semua bole buat orang Malaysia cair. Ngee. Dah la murah, kualiti kain sangatlah memuaskan hati pelanggan. Saya cakap benda yg benar je tau. Allah marah kalau tipu2 ni. Heee. 

Saya ke sana bersama dgn beberapa orang lagi yg turut mempunyai niat yg sama nk borong kain cotton kat vietnam. Mulanya kami memang tak kenal antara satu sama lain, tapi bila dah sampai sana, kami dah macam family pulak. Hehehe. Seronok sangat bila dapat kenalan baru. Saya ke sana dgn airasia. Tiket flight pun abg saya yg sponsor. Baik sungguh hati die kan kan? Hewhew. :p Perjalanan dari Malaysia ke Ho Chi Minh City  ambil masa dalam 1 jam lebih je, lebih dekat kalau nak dibandingkan dgn perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Melaka. Eh, lupe. Yang tu naik bas, bukan naik flight. Hahaha. :D

Kat sana, makanan agak mahal kalau nk dibandingkan dgn makanan yg dijual kat sini. Biasalah, kat sana kos makanan halal agak mahal sikit kot sebab bukan senang nak dapat kan? Tapi kalau dah hati excited nak shopping, lapar tu tak terasa sangat. Macam kami, masa kat sana, kami semua makan waktu pagi & lewat petang je. Malam tu selalunya orang kat sana especially orang muslim kat sana akan belanja minum kopi. Kopi dieorang sangatlah sedap. Heee. 

Pendek kata, semuanya best masa kat sana. Kalau ada pun tak best masa kat airport vietnam tu jela. Ade jugak pegawai kastam dieorang yg suka mintak duit lebih dari orang Malaysia mcm kita ni. Biaselah, gaji dieorang kat sana agak murah kan, so alasan dieorang nak upah lebih sebab dieorang fikir kita datang sana dgn berduit. Memang agak tak berasas alasan dieorang, tapi nak buat mcm mana, kalau tak spend duit sikit untuk dieorang, kita tak bole lepas security checking kat airport tu tau. Tak banyak pun kalau kena, janji kena pandai cakap dgn dieorang & sentiasa senyum. Takpun, masa pack barang tu kena pack betul2, InsyaAllah, dieorang bagi lepas. Kalau kena pun, kita niat je duit tu sebagai sedekah kita kat dieorang. InsyaAllah, bole jadi satu ibadah jugak kan? :)

Okay, here are some of the stuffs yg sempat saya borong masa kat vietnam hari tu. Cekedout! :D



Ni telekung sulam vietnam tau. Macam2 design ada. Harga sangat berpatutan & yg paling penting kualiti kain jauh lebih baik. Sesuai utk bagi hadiah kat parents & kegunaan sendiri. :D


Baju kurung yg dah siap dijahit. Hiasan manik sangatlah ekslusif & elegan. Kualiti kain memang superb. Sangat sejuk & selesaaa! :D


Cantik kan? :)

So ape lagi, kalau ada yg nak pergi ke sana, jangan ragu2. Kat sana anda bole dapat harga kain lagi murah & berkualiti. Tapi hanya kos kain sahaja yg murah, kos taxi, hotel, makanan, tax etc kena ambil kira jugak tau. Senang cakap, memang berpuas hati sangat kalau pergi sana borong kain cotton, tudung, telekung, & souvenirs untuk family, relatives, and friends. InsyaAllah, ada rezeki, saya memang niat nak pergi sana lagi. Jujur saya cakap, saya tak puas lagi shopping kat sana. Over tak? Hahahaha. 


Thanks for reading,
Cik Kiqah 

No comments:

Post a Comment