Monday, April 23, 2012

Bila hati berbicara

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah. Sekarang saya sedang ber-intern di sebuah audit firm kat area kota bharu kelantan. Terlalu banyak cerita yg nak saya kongsi. Tapi untuk masa ni, biarlah semua tu menjadi kenangan untuk diri saya sendiri. InsyaAllah andai Allah izinkan saya untuk berkongsi semua tu, akan sampai jugak masanya nanti. 


Sekadar peringatan untuk diri sendiri & semua pembaca belog biase ni.


Kadang2 bila kita berada dalam kelompok masyarakat yg berbeza dari segala cara samada cara berfikir, cara berinteraksi, cara bekerja, dan macam2 cara lagi, sebenarnya semua itu betul2 mengajar kita erti kesabaran yg tinggi. Semakin kita sabar dgn karenah manusia yg tak pernah berkesudahan, semakin kita latih diri kita sendiri untuk jadi lebih matang. Bukan senang untuk bermula dari bawah hingga dapat sampai ke tempat yg selesa. Jujur saya luahkan, kejayaan bukan senang untuk kita peroleh. Ianya memerlukan usaha yg tidak pernah putus dan begitu juga doa kepada yg Maha Berkuasa agar segala apa yg kita lakukan sentiasa diberkati olehNya. Kejayaan yg dirahmati oleh Allah swt itulah yg paling manis untuk digenggami & diingati sampai bila2. 


Sedangkan Nabi saw yg suci dari segala dosa pun diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah swt, inikan pula kita yg penuh dengan dosa. Allah swt Maha Tahu apa yg terbaik untuk tiap2 hambaNya. Syukur kepada Allah swt. Tanpa peringatan yg mama tersayang sentiasa kongsi dgn saya setiap kali saya ada masalah, setiap kali hati saya diuji dgn macam2 dugaan, berat atau ringan, kata2 yg keluar dari mulut mama mesti mampu tenangkan balik hati saya yg sedih, resah, & tak tentu arah. Pendek kata, sedih macam mana sekalipun, susah macam mana sekalipun situasi kita, jomlah kita berbalik pada Allah swt. Kerana Dialah sebaik2 perdengar untuk semua luahan hati kita semua. InsyaAllah, niat yg ikhlas kerana Allah swt, pasti tiada halangan yg boleh kacau kita. Sebab janji Allah swt itu memang PASTI. 




Hanya padaMu ya Allah, tempat aku bergantung harap. Aminnn.
Cik kiQah 

No comments:

Post a Comment