Monday, January 30, 2012

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim
``````````````````````````````

Sedang asyik berehat, tenangkan minda yg loaded dgn theories (macam banyak je study), cik kiQah decide nak bagi award kat diri sendiri. Hihi. Alhamdulillah, so far, cik kiQah suka sangat follow blog Farahlee. Siapa tak kenal dgn Farahlee kan? Especially once dia berkahwin dgn pengacara tv3 yg bole tahan fofularnya, Ally Iskandar. :) Jodoh itu milik Allah, tahniah buat diaorang berdua. Semoga masjid yg dibina akan terus dipelihara Allah swt selama-lamanya. Aminn. 

Mungkin saya yg paling lambat follow blog ni, tapi Alhamdulillah, Allah masih bagi ruang kepada saya utk buka mata & buka minda melalui ilmu yg dikongsi oleh Farahlee. Kalau tak percaya, cubalah baca setiap entry yg dia post. InsyaAllah, mesti tak boring punya. Banyak input yg kita bole ambil especially yg bole menguatkan lagi ikatan tali kita dgn Allah swt. Biiznillah. 

Btw, ada satu entry yg telah berjaya buat saya menangis tanpa paksaan dari sesiapa. Hehe. Kalau tak silap saya, Farahlee pun share the entry from other blog as well. If i'm not mistaken lah. Perhaps. Whatever it is, the thing is not so important, but the content of it is like giving me something which i cant even explain in words. And dear Alanna's mom, walaupun saya bukan seorang ibu, kahwin pun belum lagi, tapi sajak yg anda buat sangat menyentuh hati saya. Semoga Alanna terus bahagia di sisi-Nya. Al-Fatihah. 

Doa buat Alanna

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..
 

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang menangis kuat-kuat..
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua..



P/s: Banyak lagi entry yg best2. Bole dibaca sebagai santapan minda & rohani. Daripada update status kat facebook & twitter and end up buat orang lain terasa ke apa, why not we choose that option. Ilmu itu ada di mana2, terpulang pada kita utk mencarinya. :) 


Lots of love,
cik kiQah 

No comments:

Post a Comment