Sunday, August 21, 2011

rezeki Allah

Bismillahirrahmanirrahim
`````````````````````````````
Hi korang! :))
puasa tak hari ni? hehe..
Alhamdulillah, Allah swt masih bagi peluang kat kita untuk berpuasa sehingga hari ni :)
bila cik kiQah buat blogwalking tadi..
dah ramai blogger2 yg update entry pasal hari raya & siap pasang lagu raya lagi kat belog mereka..hehe
tapi Alhamdulillah, cik kiQah takdelah rasa sedih bagai nak rak bila dengar lagu raya nih..
al-maklumlah, dengan assignment & tutorials yg sentiasa wujud tiap2 minggu..
semua tu membuatkan cik kiQah lupa kejap pasal homesick2 nih..acewah :D
betul la kata orang, kalau kita busy dgn sesuatu kerja, possibility utk kita fikir benda2 yg remeh temeh tu semua takde lah nak over sangat..hehe
tapi, dalam busy2 buat kerja pun, sebagai anak, jangan asyik dgn study je, kalau ade masa terluang, call @ sms lah parents, at least, terubat rindu yg ada..
lagi bagus kalau sentiasa mendoakan yg terbaik buat mereka berdua :)

hmm, nak update apa lagi eh?
haaa! so far, budak bambam kesayangan cik kiQah dalam proses nak merangkak dah tau :))
Alhamdulillah, amsyar dah makin pandai sekarang :)
nanti cik sue bagi hug manyak2 eh :)
ape lagi..??
ouh ye, baru2 ni papa cik kiQah sakit..
demam & batuk..
bila dengar suara papa tengah sakit, hanya Allah swt yg tahu betapa risaunya cik kiQah kat sini..
Alhamdulillah, berkat doa dari semua adik beradik..
sekarang papa dah sihat macam biasa..
yg paling penting, papa dah bole sakat cik kiQah tiap kali kami on the phone, hiks! ;))

hari jumaat lepas,
cik kiQah dan kawan2 arrange majlis berbuka puasa bersama nek Jamilah..
mesti ramai yg bertanya, siapa nek Jamilah tu..
pasal tu, cik kiQah akan update next time, Insya-Allah ;)
kang nanti telajak panjang pulak entry ni..hehe
Alhamdulillah, selain kenyang & happy..
terlalu banyak input yg kami dapat..
bak kata kawan cik kiQah, "bersyukurlah.."
satu perkataan je, tapi mempunyai maksud yg amat mendalam :)
so, walau apa pun yg kita buat, lahirkanlah rasa bersyukur dalam diri dgn rezeki yg Allah swt bagi..
sedikit atau banyak, itu bukan ukurannya, yg penting, sejauh mana kita bersyukur dgn nikmat kurniaan Allah swt dan mampu kah kita menzahirkan rasa syukur itu sendiri dgn amalan kita seharian? :)
*penulis sendiri mengambil kata2 di atas utk renungan peribadi

okay!cik kiQah rasa setakat tu je la dulu..
next week dah masuk week last before kami semua cuti raya :)
ramai kawan2 dah pun beli tiket raya..
tak sabar kan nak balik kampung jumpa family tersayang :)
semoga kita semua selamat pulang dan selamat kembali..
bak kata mama cik kiQah, jangan happy sangat..balik awal ke, balik lambat ke, yg penting niat nak balik tu..
jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan balik ke kampung tu diiringi dengan rahmat dan berkat dari Allah swt...
Insya-Allah semua selamat :)


p/s: minggu depan ramadhan dah hampir berakhir, bole tak saya nak sedih kejap? ;(


No comments:

Post a Comment