Thursday, March 17, 2011

jom berus gigi dgn betul ;)

Bismillahirrahmanirrahim
```````````````````````````````

hi korang!
hehe, entry kali ni cik kiQah nak share something interesting sikit taw ;)

and i said,
"okay, after i went through the dental check up today, it brings me here to share about what is the right way to brush our teeth, actually"
hehe, okay, done with the introduction. So people, starting from now, let's have a good oral health! ;)

Cara yg betul untuk berus gigi ;)


1. Seperti biasa, selepas kita floss gigi, lembap kan sikit berus gigi tu dgn air & letakkan ubat gigi [jangan banyak, pandai2 la agak ye]. Untuk kesan yg lebih baik & gigi yg lebih bersih, kita dinasihatkan supaya guna ubat gigi yg mengandungi florida ;)


2. Mula2, berus gigi kat bahagian atas and belakang sekali. Okay, utk peringkat ni, kita kena fokus gigi yg bahagian atas dulu, yg bahagian bawah biarkan dulu, and yg paling penting, kita kena letakkan berus gigi tu 45 darjah dari gusi. If tak faham jugak, tengok pic kat atas ni, orang tu die sengetkan sikit berus gigi tu supaya jadi 45 darjah dari gusi ke gigi. Okay,lepas tu, gosok gigi dengan lembut taw, gosok ikut arah jam (clockwise) ataupun dgn kata lain, gosok secara pusing2 kan berus gigi tu *susahnye nak explain*.



ha!!jangan gosok ganas2 taw sebab seganas mana pun anda gosok gigi, kalau berus gigi dengan cara yg salah, tetap tak mendatangkan kebaikan, sebab bakteria (sisa makanan) tak dibersihkan dgn betul. Doctor pernah pesan kat cik kiQah, masa gosok gigi yg macam kat dalam pic atas ni, sambil gosok tu, sambil kira no. 1-8 =)


3. Teruskan memberus gigi bahagian atas belah kiri dengan cara pusingan arah jam (clockwise) sehingga sampai ke bahagian atas belah kanan. Ingat taw, maintain kan volume pusingan yg anda buat sebab gusi kita bukan besi nak sental kuat2, nanti tak pasal2 berdarah bagai kang ;p
okay, lepas dah siap berus gigi bahagian atas tu, gunakan cara yg sama utk berus gigi bahagian bawah pulak. Bila dah start berus gigi yg kat bahagian bawah tu, jangan berus lagi dah gigi yg kat bahagian atas tu taw. Anda dinasihatkan berus gigi bahagian atas dulu then baru proceed dgn gigi yg bahagian bawah sebab itu lebih senang ;)


4. Okay, bila dah sudah berus gigi dengan cara 45 darjah tu, letak berus gigi seperti dlm pic atas ni and berus kat bahagian belakang gigi. Mungkin peringkat ni agak tak selesa @ sakit sikit bagi yg baru cuba tapi percayalah, ini adalah cara yg betul utk kita bersihkan sisa2 makanan yg tersumbat kat bahagian belakang gigi & utk mengelakkan plak bersarang kat kawasan belakang gigi tu ;) Doctor pesan, masa berus gigi utk part ni, anda bole kira no. 1-5 ;)


5. okay, bila dah sudah dengan bahagian atas tadi, teruskan pula kat bahagian bawah gigi. Cara berus gigi bahagian bawah adalah sama dgn cara berus gigi bahagian atas ;) pastikan sisa2 makanan berjaya dikeluarkan ;p ups!jangan lupa masa berus gigi time ni, kira no 1-5 taw ;)


6. okay, lepas tu, berus pulak yg bahagian atas permukaan gigi yg kita selalu guna utk menguyah pelbagai jenis makanan ;p ha!ingat taw, jangan berus macam tolak tarik berus gigi tu, itu cara yg salah. Cara yg betul, anda perlu gosok dengan lembut & gosok secara pusing2 (circular motion) ;) peringkat ni pun kena kira no. 1-5 jugak ;)


7. Okay, cara ni mungkin agak ngilu sikit bagi yg baru cuba. Tapi percayalah, bila anda berus lidah & lelangit, insya-Allah, nafas berbau dapat dikurangkan, and nak cakap dengan orang pun jadi lebih secured ;)) jangan berus kuat2 taw, takut nanti berdarah pulak lidah & lelangit tuu =.=""" jangan lupa, kira no. 1-5 jugak ;))


9. Bila dah siap berus gigi, kumur la elok2 dengan air. Doctor pesan, kumur tu at least 3x ;) lepas kumur, periksa dengan lidah seluruh kawasan gigi anda, kalau lidah anda ada rasa melekit kat bahagian gigi yg tertentu, itu maknanya, sisa2 makanan masih ada. So macam mana? takkan nak biarkan? Kalau masih rasa melekit kat bahagian gigi tertentu, gosok la sekali lagi kat bahagian tu..insya-Allah sisa2 makanan tu akan hilang. Dan yg last sekali, bila dah siap semua, jangan lupa senyum dengan ikhlas taw, tak mau la asyik masam je, kalah dgn cuka cik Jah kita ;p hahaha. Senyum lah dari hati yg ikhlas ye kawan2 ;)


Okay, cik kiQah dah kongsi sedikit ilmu tentang macam mana nak berus gigi dengan betul. Tapi, kalau yg jenis suka merokok or tak jaga cara pemakanan, tak guna jugak taw. So, jangan lah mengamalkan tabiat merokok sebab banyak sgt keburukan yg kita akan dapat nanti. Dan, doctor pun ada pesan kat cik kiQah tadi, kalau bole, elakkan dari minum minuman bergas or berais or manis2 sgt sebab semua tu bole akibatkan kerosakan gusi and gigi ;)

so cik kikin, cik kiQah dah tunaikan permintaan anda utk kongsi tentang macam mana nak berus gigi in a proper way. Jangan lupa try apply taw, ngeee =D


No comments:

Post a Comment