Wednesday, January 26, 2011

Part 2: Berharga =)

Bismillahirrahmanirrahim
``````````````````````````````

hari ni cik kiQah dapat rasa mood nk study tak berapa nak ada ;p
dah la semalam tersilap minum nescafe and akibatnya terus tak tido sampai pukul 3am..
tapi sebab dah hampir 2jam paksa diri ni tido..
akhirnya..around 3.30am saya sudah selamat sampai ke benua afrika.. ;p
bangun2 je tgk jam da pukul 6.30am..nasib baek sempat kejar subuh lagi ;p
terima kasih kepada kalian yg sudi memerah keringat mengejutkan saya bangun subuh..haha!
ouh..hari ni saya agak sakit otak dgn Auditing subject..
bajet nak khatam 3 chapters hari ni
tapi 1 chapter macam tak berapa nak proceed dah ;p
insya-Allah..akan ku recover the things when the i'm in the mood of revising ;p

well..as promised before..
cik kiQah nak sambung entry previous yg titled "Part 1: Berharga =) " tu kan..?
okay, without any further delay [ bajet macam tgh bg talk kat orang ] ;p
cik kiQah sambung apa yg tak tersambung lg tu..hihihi ;p

around 4.30pm @ 5pm..
cik kiQah and semua family members..relatives..still berkumpul kat wad nenek..
cik kiQah just stay kat tepi katil nenek je dgn my 3 little brothers..
the rest tgh berdiskusi samada utk bawak nenek balek kampung or proceed dgn treatment ape kebenda tah..CT Scan kot...[ teringat doctor pernah cakap aritu ]
dalam hati cik kiQah time tu...
satu je cik kiQah tahu..
nenek memang tak suka stay kat hospital..
kalau bole nenek lebih rela stay kat rumah and amik ubat macam yg doctor suggest..
macam cik kiQah la..
cik kiQah p0n tak suka stay dalam wad...
tak best langsung...
hehehe...tapi if keadaan tu memerlukan kita utk stay dalam wad..pasrah sudeh!

cik kiQah tak pandang p0n doctor2 handsome tahap gaban kat wad tu..
even nurse2 lelaki yg bole dikategorikan macho macam artis korea p0n cik kiQah tak ada hati nak usha..
sebab time tu cik kiQah hanya pandang kat skrin kecik yg macam tv..mama cakap tu level oksigen nenek..
erm..masa tu, cik kiQah tengok oksigen nenek stabil..around 83-85%
tapi doctor cakap tu semua sebab bantuan machine jugak..
tapi cik kiQah cakap..kalau nenek tak bernafas..mana bole benda alah tu berfungsi..hehe,betol x? ;p
yang saya tahu..masa tu nenek still bernafas macam biasa =)
Alhamdulillah ;)

cik kiQah sentuh tangan nenek..cik kiQah tengok lengan nenek...
Subhanallah...
gara2 ubat yg tak berapa nak ngam dgn tubuh nenek..
semua anggota badan nenek jadi macam belon...
sayu hati cik kiQah bila cik kiQah selak selimut and tengok semua tu...
kalau lah cik kiQah bole ambil semua sakit tu..mesti arwah nenek tak rasa sakit tu...
erm..tapi Allah maha Mengatur segala...
dalam hati cik kiQah..
cik kiQah keep praying agar Allah kurangkan rasa sakit nenek masa tu...
cukup la dengan berpuluh2 jarum suntikan yg doctor bagi kat nenek sebelum ni...='(

cik kiQah cuba lagi sentuh kaki nenek..
ya Allah..kenapa kaki nenek sejuk..sedangkan tangan & lengan nenek panas...
hati cik kiQah dah rasa lain...
cik kiQah terus menidakkan perasaan itu..
maybe sebab air cond kot...
nenek memang tak suka air cond ;)
nenek lebih suka ambil angin kat luar rumah ;)

okay, tak sampai 15 minit cik kiQah sentuh2 tangan nenek..[ nak pegang tak bole sebab risau tak0t nenek sakit ]
then mama p0n bersuara...
"kita bawak nenek balek kampung sekarang jugak..."
sebab mama dengar nasihat doctor..
cik kiQah p0n sokong sebab rumah is the best place for her ;)
dah siap packed semua barang2 nenek...
mama suro cik kiQah balek dgn papa and adik2 dulu..then after maghrib baru jumpa kat kampung...
lagipun..time tu cik kiQah belum makan anything ;) [agak lapar]
and ambulance p0n datang..cik kiQah sempat tengok 2 orang nurse lelaki tolak nenek atas katil yg ade roda kecik2 tu and angkat nenek masuk dalam ambulance..
kalau ikutkan hati ni nak jugak follow sekali..tapi sebab mama suro jaga adik2 kat rumah..then cik kiQah akur je la..

then bergerak lah kami semua menuju ke rumah..
ouh ye..
adik cik kiQah..ayeh,once die habes kerja..terus datang ke hospital..and yang terkejut tu..dia sanggup naek ambulance sebab nk jadi co-pilot utk driver ambulance tu =.=" [ katanya ]
mama and mak cik kiQah p0n naek ambulance jgk..
yg laen2 semua balek rumah masing2 sebab nak prepare utk malam ni pulak..masa tu kita orang plan macam nak buat solat hajat or bacaan yasin buat nenek supaya nenek cepat sembuh..
tapi macam yg cik kiQah selalu cakap..

"we deserve to plan everything..but at the end of the day, Allah deserves to make the final one =) "

tak sampai 10 minit kami semua on the way balek ke rumah...
tiba2 mama call hp adik cik kiQah, aiman..
cik kiQah tak dengar lah apa yg mama cakap kat adik..
sebab time tu cik kiQah macam entah apa2 [sebab perot macam masuk angin kot ]
ingat nak tido..tapi bau ubat dalam wad tadi still menusuk hidung..haha!
tak best langsung! ;p

tiba2 je..adik terus ucap "innalillahi wainna ilaihirajiuun..."
haaaa...??!
cik kiQah tak fikir apa time tu..
rasa macam nak tengking adik sebab suke suki sebut ayat tu..
semua orang senyap time tu...
then adik cakap kat mama.."okay2.."
erm...part ni yg paling menguji iman cik kiQah...
adik cakap...

"mama bagitaw nenek dah takde..."
berderai air mata cik kiQah bila once dengar berita tu...
tapi cik kiQah tahan lagi sebab cik kiQah tak percaya apa yg adik bagitaw..
maybe mama panic sebab dalam ambulance kan macam sempit..
lagipun..driver die mesti drive laju sebab nak kejar masa...
maybe time tu oksigen nenek macam terganggu sikit..maybe~

okay..around 7+ pm cik kiQah, papa, and adik2 sampai kat kampung...
dalam hati ni still berharap agar semua yg cik kiQah dengar tadi salah!
betul..hanya Allah yg faham macam mana cik kiQah rasa time tu..
cik kiQah masuk rumah...
ramai yg buat muka sedih...
dalam hati cik kiQah cakap..
"pehal dieorang ni..dah la datang rumah orang..lepas tu nak buat2 muke emo tak masal..."
cik kiQah memang tak suka tengok orang emo..=)

okay...then cik kiQah terus masuk kat area ruang tamu tengah...
"weyhh! asal ramai sangat orang yg berkumpul kat depan pintu toilet ni..??"
masa tu cik kiQah betul2 tak dapat fikir apa benda sebenarnya yg tengah jadi time tu...
cik kiQah tengok adik cik kiQah, ayeh tengah pasang langsir sebab nak cover area depan pintu toilet tu..
blur...tak faham..marah p0n ada...macam2 cik kiQah rasa...

then cik kiQah terus jugak beranikan diri nak tengok apa yg semua orang tengah tengok..
Subhanallah...!!
ape ni...??!
nape nenek kena duduk dalam bekas ni...??!
tadi iQah tengok bibir nenek bergerak lagi...
masa tu serious cik kiQah cakap..
kalau pun batu besar jatuh atas kepala cik kiQah...or orang tolak cik kiQah dari bangunan tinggi..
cik kiQah tak rasa apa dah...
rasa macam kaki ni tak rapat ke bumi..=(
nek...!!
bangun lahhh..
iQah datang kot..
nek...bangun la..=(

cik kiQah pandang muka mama...
nape mama nangis...
nape mak ngah p0n nangis..
nape dgn semua orang ni...??
1st time dalam hidup cik kiQah...
dalam hati cik kiQah rasa macam nak pecah...
sampai cik kiQah tak mampu nak berkata2...

cik kiQah terus pergi kat tepi nenek..
masa tu ade sorang mak cik yg cik kiQah tak berapa nak kenal tengah sibuk nak mandikan nenek..
cik kiQah tanya sepupu cik kiQah..
"pehal mak cik tu buat kat sini?"
sepupu cik kiQah cakap.."mak cik tu datang nk sempurnakan jenazah nenek.."
 cik kiQah terus terdiam...
kakak cik kiQah datang...
cik kiQah tanya dia...
"...kak, betul ke semua ni...?"
kakak cik kiQah pegang tangan cik kiQah erat2...sambil iyakan dgn isyarat mata..
Astaghfirullahalazim...

cik kiQah still tak percaya..
cik kiQah terus pergi kat nenek...
cik kiQah sentuh badan nenek..
still panas...
orang kata..
kalau sejuk baru konfem kan..
dalam hati still berharap...
cik kiQah terus pandang bibir nenek...
tapi bibir nenek dah tak gerak macam tadi...=(
cik kiQah paksa diri utk tahan dari menangis depan orang ramai...
cik kiQah terus pandang mama...
"...ma, iQah nak buat jugak.."
mama angguk je..
walaupun hati cik kiQah rasa bagai nak pecah...
dan still berharap nenek akan bernafas balek...
cik kiQah gagahkan diri utk turut serta sempurnakan jenazah arwah nenek..
setiap kali cik kiQah sentuh badan arwah...
setiap kali tu la kenangan dgn arwah datang menikam2 hati cik kiQah..pedih sangat2..

dulu...nenek yg mandikan iQah...
sekarang...iQah pulak yg mandikan nenek..;)
tapi mak cik tu tak bagi guna shampoo sebab nape tah..
dia just bagi guna sabun yg kaler kuning tu je...
mesti nenek tak suka sebab sabun tu tak wangi macam shampoo yg biasa nenek pakai...
masa tu hati cik kiQah sayu sangat bila cik kiQah usap rambut nenek,banyak yg gugur...
tengok bibir nenek yg makin biru pucat..
mata nenek yg tutup rapat...
ya Allah...jaga lah nenek iQah elok2 nanti..


to be continued...~

p/s: sorry,mood tengah tak stabil sekarang.tapi nek,....iQah rindu nenek ;( sangattt..;( Al-Fatihah..~


No comments:

Post a Comment