Tuesday, August 31, 2010

sekadar perkongsian


bismillahirrahmanirrahim

.....................................

hehe..sebelum kontroversi melanda diri ini..
ingin cik kiQah tekankan kat sini..
entry ini tiada kaitan antara yg masih hidup ataupun yg telah tiada..
mana yg elok..cik kiQah share dalam entry ini..
mana yg tak elok..cik kiQah cuba perbaiki lagi..

kepada sesiapa yg on the way nak bina masjid dalam masa terdekat ni mahupun akan datang nanti..insya-Allah
cik kiQah nak kongsi tips yg biasa2 ni...
tapi mungkin akan menjadi tips berguna especially ketika anda bertemu tok kadi nanti..hehehe
*pernah tengok abg edel kena dgn tok kadi aritu*
hehehehe..

ok, basically, rukun nikah terbahagi kepada 5 perkara, iaitu:


1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.


at least, kalau taw rukun nikah ni p0n da kira ok..yg cik kiQah pernah taw la, soalan yg biasa tok kadi tembak si lelaki time nak akad nikah ni banyak...contohnya, mengucap 2 kalimah syahadah, baca doa qunut, surah sejadah, sebut rukun islam, rukun iman, etc.

p/s: entry ini lebih ditujukan buat kaum Adam..(^___^)

No comments:

Post a Comment