Monday, August 30, 2010

lailatul qadar



bismillahirrahmanirrahim

....................................


Pejam celik, pejam celik, tak sangka kita sekarang dah p0n hampir menjengah ke 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, berkat dan rahmat Allah swt masih lagi milik kita semua. Cik kiQah sendiri bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menjalankan ibadah puasa daripada hari pertama kita mula berpuasa sehinggalah sekarang, Alhamdulillah =)

Dalam keseronokan cik kiQah berpuasa bersama sahabt handai dan tak lupa juga dengan keluarga tersayang baru2 ini, cik kiQah sempat dikejutkan oleh berita gembira dari Al-Quran iaitu surah Al-Qadr. Tiada apa yang mampu cik kiQah ungkapkan selain dari memanjatkan kesyukuran yg tak terhingga kepada Allah swt kerana sudi mengingatkan hati dan iman cik kiQah ni untuk terus beribadah kepada-Nya. Malam Lailatul Qadar yang penuh dengan barakah Allah swt dan lebih mulia berbanding seribu malam. 

"Subhanallah, hanya Allah swt yang selayaknya disembah dan hanya padaMu ku bentangkan seluruh hati dan jiwaku.Izinkan ku berpeluang merasa mulianya nikmat malam Lailatul Qadar Mu"

seperti mana Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Qadr ayat 1- 5;

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Masih tidak terlambat untuk cik kiQah ajak semua teman2 cik kiQah kejar malam tersebut bersama2. Bukan senang untuk menanti malam yang penuh mulia lagi agung itu kerana hanya dalam bulan Ramadhan sahaja ianya datang. Janganlah terlalu bertaqlid kepada kewujudan malam tersebut semata-mata tetapi bersihkanlah niat dan mantapkanlah iman di hati untuk mendapatkan keampunan sepenuhnya daripada Allah swt di atas dosa2 yang pernah kita lakukan. Semoga cik kiQah dan kalian semua berpeluang untuk bertemu dgn Lailatul Qadar nanti..aminn.





No comments:

Post a Comment